RSS

Tuesday 5 April 2011

keluarga pakcik nasir : the sequel

walaupun saya dah penah tulis pasal ciri-ciri lelaki idaman anak-anak perempuan pakcik nasir, hari tu adalah saya terbaca ada sapa tah kata, kita tak payah la nak mempunyai ciri idaman sangat. kita sapa nak memilih. bukan sempurna sangat. lebih kurang macam gitu lah ayatnya. ayat dia tak adalah mengutuk, cuma menasihat mungkin. tapi, saya tak kesah. apa adahal. a girl was allowed to dream. jadi, saya perempuan. saya berangan. thats what i do. bukannya saya bertegas sangat nak mengikut ciri-ciri ni kalau memilih pasangan. cuma berangan kan?



--------------------------------------------------



sekarang apa kata kita sambung? tapi saya nak tukar la tajuk.



SARAH NUR SUKA LELAKI ADA CIRI-CIRI KECIL INI.



ha amik kau. hahaha.




ciri-ciri kecil tu maknanya, kalau dia ada ciri ni, mungkin akan mendekatkan saya untuk mengenali dia. paham? jadi, kalaupun dia tak ada ciri ni, saya bukan tolak dia jauh-jauh pun.




saya nak tegaskan kat sini, ciri-ciri ni cuma saya terpikir-pikir masa time sekolah dulu aja. contoh macam, kawan-kawan sibuk cerita pasal lelaki, saya akan observe dan simpan benda ni dalam kepala otak saya. saya tak luah, cuma untuk pemikiran sendiri aja. sekarang dah matang (eh tua), tak ambik pusing benda ni.




1) nama dia ada stat huruf S.

ya la sebab nama saya kan sarah. dulu-dulu masa kecik kalau dapat kad kawin orang jemput mak ayah pegi kenduri, kalau yang ada nama sama initial ni, dia punya tulisan cantik je sebab initial sama. jadi, saya terpikir, sama-sama S mesti cool. Sipolan & Sarah. pergh. tapi, ada satu masalah. tak ramai orang lelaki nama S. Shah, Shahrul, Shahril, Salleh, Siput. lagi? susah la nak cari lelaki melayu nama S...huhu..saya jarang jumpa. kalau orang lain banyak jumpa taktahu la pulak kan. sebab diorang takda nak kawin lelaki nama S pun. (berita baik!! ---- the boifren ada S! misi tercapai!)



2) dia mesti tak pakai spek mata.

sebab senang. saya kan rabun berspek mata. kalau dua-dua berspek mata...err....kena date dekat library la kot. macam dua nerd berdating. hahaha. gurau gurau. tak ada alasan untuk ini. tapi, orang kata, kalau boifren spek mata la boleh paham kita yang berspek mata ni. ya ke?(berita baik no. 2!!! ---- the boifren tak pakai spek!! yeyyy!!)



3) nak cari lelaki orang perak jugak lah!

malangnya, payah jugak nak cari lelaki orang perak weh. entah kenapa. kawan-kawan tak ramai pulak asal perak yang berkenan dekat saya. (haha. ayat macam bangang.) takda rezeki. dulu-dulu kan saya banyak berpindah-randah. jadik, bila nak raya balik ke ipoh tu, macam leceh nak mati.jadi, konon-konon nak la yang dekat-dekat senang nak raya tak yah nak mengundi balik mana. kan kan. (berita buruk. the boifren orang pahang pulak. tapi takpa, pahang pun saya suka sebab kampung kedua saya dulu)



4) lelaki yang reti bagi saya teddy bear.

oh ya! oh ya! masa saya sekolah, saya selalu nampak kawan dapat teddy bear dari boifren diorang. memula saya pelik, bukan best pun teddy bear, nak tidur peluk bantal macam lagi selesa je sebab bear ada tangan, ada kaki, tak best kot. tapi yang bestnya sebab dia lembut dan boleh ditunjuk pada roommate. huh. (rumet saya dulu la ada teddy bear boifren bagi). jadi, tah macam mana, saya pun boleh la nak teringin orang bagi teddy bear walaupun, saya bukan lah jenis main patung pun. saya tak pernah ada patung apa jenis pun. ayah tak penah belikan kami beradik patung2. tapi, saya tahu, teddy bukan murah, jadi, tak adalah nak memilih sangat. (berita baik no.3!!! the boifren bagi saya teddy! reti pulak dia.)



5) kuruih!

bukan nak diskriminate atau apa. cuma....saya kan kuruih kering. kalau yang lagi sorang tu besar, nampak macam pinang digelek bulldozer la pulak tak? tapi, kalau dah jodoh, sapalah saya nak menidakkan yang tersurat.



6) bukan smoker.

let me be frank. tak ada perempuan yang saja-saja nakkan smoker jadi pasangannya. jadi, saya cuma seorang daripada beberapa yang mengakuinya. if he's a smoker, who will get the most exposure to his smoke? me. because i am the one who will be by his side at most of his time. and if he's to be the groom? i cannot risk that. again, i am not discriminating, you are your own person. you have your own time, money and life to spend. and i have my own life to save. ada orang pernah tanya saya dengan sinis: ala perempuan, kalau boifren merokok, takpe pulak. cuba kalau kau, boifren kau merokok, kau tinggalkan dia tak? saya jawab : saya akan consider. dia diam. consider maksud saya, bukan consider biarkan dia merokok, consider maksud saya, consider meninggalkan dia kalau tegarnya dia terus tanpa memikirkan pendirian saya. sekali lagi saya nak ingatkan, we all have our own lives to spend. let me save mine.


apesal saya obses sangat dengan isu merokok tak merokok ni?


let me tell u the story.


saya ada family background with active cell cancer. keluarga kami kecik je. tokwan, opah, mak, ayah, ayah anak tunggal pulak, mak ada la beradik 5 orang, pastu saya dan beradik lagi 4 orang. opah ada la berapa beradik yang kebanyakkannya dah tak ada di dunia. tapi, daripada yang kecik ni, 3 daripadanya meninggal sebab cancer. dan 2 daripadanya, dalam kalangan keluarga yang rapat. so, its hereditary. only a matter of time and place before it strikes. i know, ajal pun di tangan Tuhan kan? tapi, 3 straight record of cancer and how can i not afraid of getting one myself? tapi, saya terus doa pada Tuhan setiap kali, semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik. antara kami 5 beradik, mungkin...entah lah. kita orang biologi, belajar genetik. macam...sendiri mau ingat la kan. dalam family saya, cuma 2 orang saja belajar biologi, itu pun kuna setakat sekerat, dah masuk u pulak, proceed dengan fizik. saya je yang stuck dengan biologi dan pembelajaran hayat hidupan.



honestly? i am scared. to death.



alamak. tak sukalah bila dah start masuk isu serius ni. senang macam ni aja, jodoh semua kat tangan yang di atas. saya serahkan pada Dia. semoga semuanya selamat.




nak log out lah.

4 comments:

NaniLevis' said...

hyep cha'ah , mse ble kau ade blog huh ?!! tak bgtahu aku pown:'( sampai aty , follow aku jugak tau ! aku da follow unk dah , aku ingatkan blog spe tadi , sbb cantek sangat :P

NaniLevis' said...

http://nanisdestiny.blogspot.com/

nurul mohamad said...

hahaha...nani..yg follow dlm blog ni sume bradik2 je..nape ek..hahahha

nurul mohamad said...

hahaha...nani..yg follow dlm blog ni sume bradik2 je..nape ek..hahahha