RSS

Tuesday, 12 April 2011

22SG

11 april - Genomik



22 April - Pengekspressan Gene



26 April - Biologi Molekul



**18/19 April - Viva


sudah lah, jangan la kamu tertipu dengan tajuk sabjek yang bahasa kebangsaan tu. tipu aja. belajar, exam, semua nya BI jugak. eh tapi! tapi! biologi molekul memang bahasa melayu. satu-satunya sabjek biologi yang belajar dalam bahasa melayu. bayangkan, 3tahun ni, berapa banyak sabjek bio ambik dalam bahasa inggeris, tiba-tiba, nak final sem ni, belajar bahasa melayu. seksa. orang tak rasa tak tau ohh. betul saya cakap. seksa. jenuh la jugak bila pengetahuan bertahun-tahun, sejak dari mula, tetiba, final sem nak kena alihkan semuanya dalam bahasa melayu. kalau ada butang translate aja, tak pe lah jugak.





tapi pensyarah saya kata, itu lah kelebihan kami pelajar sini (saya tetap tak rasa itu kelebihan, macam mana ni docter?). katanya, kami boleh menulis dan membentang, dalam dwi-bahawa. melayu boleh. inggeris boleh. (mungkin cuma boleh dibayangkan pada semua pensyarah di sini. bukan pada pelajar.)



tak caya, try lah amik tesis saya baca. ce tengok, tahap mana 'kelebihan' tu, boleh dipanggil kelebihan.




so, harini 12 april. since paper seterusnya pada 22 april. sila maafkan keterlanjuran saya untuk pre-holiday sekarang. oh ya, viva tak boleh dikira sebagai satu paper ye. harap jangan salah paham.




sebenarnya nak cerita ni, meskipun (apesal dengan penggunaan penanda wacana meskipun ni sarah?) saya ni seorang yang agak penakut terlebih dan tak berani nak menengok hantu kak limah sorang-sorang pun, saya rasa kelebihan saya ada pada imaginasi saya untuk membuat cerita seram. eh jangan cerita la. bagi saya ayat "cuba kau tengok gambar ni" pun, saya akan terus close window apa yang saya tengah tengok tu.




sebab? kalau saya tengok, walaupun yang keluar gambar pokok melambai-lambai pun, saya akan ternampak 'ada yang melambai'. jadi. saya mungkin boleh jadi pengarah. cerita seram. (ini bukan statement nak mintak jadi pengarah teater macam asrinna)





semalam memang tak boleh blah langsung.




elok-elok aja nak tidur, boleh pulak aih henpon jatuh celah katil tepi dinding tu.



haih.



haihhhhhhh.



dekat kolej saya ni, dahlah pelik nak mati. katil dekat bilik lama saya, diskru ke dinding. mungkin tujuannya taknak student sesuka hati re-decorate atau renovate la kan. paham la. tapi, dia tak pikir ke dengan henfon sekarang yang semakin menipis, boleh menyelit masuk ke celahan tu?



henfon saya pulak, dah la tak berapa nak nipis, masuk celah tu, tersekat kat tengah-tengah. nak amik pun payah. masuk tangan tak muat. (walaupun tangan saya sekeding plywood).



haihh.


mata dah sakit ni pedih. 24jam tak tidur. siang tadinya exam kan. (baru tak tidur 24jam dah kecoh) memang la, saya jenis, kalau tak cukup tidur tu, kepala sakit, mata sakit, badan sakit, hati sakit, sapa yang nak sakit, meh la dekat.





pastu, saya check, katil ni pulak tak berskru ke dinding. fuhh. seb baik.



try la tarik2. eh. melekat? magic.



try pulak amik batang penyapu dari pika nak tolak henfon ke tepi. cis. makin jatuh ke bawah lagi ada.




since jam dah pukul 3 pagi. mata dah terlalu pedih tak ingat. saya pedih hati, saya tendang katil sekuat-kuat hati. konon-konon, kalau tendang, dia boleh la muntahkan henpon saya balik. haram.



jadi, tidur dengan kaki pun pedih sama.




tutup mata, saya mula bayang. sesuatu dari tempat yang melekat kuat tu.




hoshhh. pukul 3 pagi jangan nak meliar sangat ye otak sarah nur.




esok paginya, terbangun sebab alarm henpon asik berbunyi2. nak off takleh. adoi mak.





mintak tolong pika. dia try tarik pun takleh. dia tanya, ada barang ke dalam laci katil ni. apesal takleh tarik.




saya cakaplah, laci tu memang takleh bukak dari dulu. tak letak apa-apa.




tapi apesal takleh bergerak langsung ni. pika tanya.




sekarang. nak tanya, ada tak sapa-sapa penah tengok scene macam ni dalam cerita apa-apa?




saya penah. dan scene tu mula meliar.

5 comments:

nurul husna said...

ni komen seorang budak liar..

mungkin dalam laci tu ada seketoi mayat manusia..(seketui mungkin sb tak cukup sifat..)

ble hg tarik, dia semakin melekat kuat...

hahaha...

last2 henpon hg tak dapat balik sb ia (sb bukan manusia dh)
dh makan henpon hg..

amacam? liar tak komen aku ?

nurul husna said...

kalo komen yg agak comel2 sket...

sebenarnye dlam laci tu ada seorang jejaka macho yg dh di sumpah sb tak nak kawin dgn pilihan keluarga..

andai ada sapa2 yg dpt tarik laci itu, jejaka itu akan bebas..dan akhirnye akan ditawarkan jawatan menjadi awek dia..hahahha

nurul husna said...

ni komen yg mungkin sesuai dgn situasi hg skg ni..

laci tu sebenarnye bank soalan..canselor sengaja letak tempat yg tak disangka oleh student2 nye..

tujuan dia letak kat situ, nk memberitahu bahawa tuah ayam nampak di kaki..tuah sendiri, sendiri pun tak tahu..hahahha

kalo name nye bank...de gak la ter'cico' duit sket..tak byk la dlm rm5000..hahahha

itu ganjaran sb berpenat lelah tarik laci..

(amacam ? antara sume komen2 aku td, mane yg hg paling meliar dlm otak hg ? )

...sarah n... said...

paling liar adelah hang ni bongok la kuna. kata student uitm. hahaha

nurul husna said...

hahha..pada aku, itula tahap yg paling liar yg berkeliaran dlaam kepala hotak aku ni...

ala...pendidikan tak mencermin tahap keliaran sesuatu kaum..hahaha...