RSS

Tuesday 21 September 2010

kenali lelaki. eh. perempuan.

selama ni saya selalu lah macam terbaca, kalau lelaki ni, dia buat kerja nak fokus je kat satu satu benda.



perempuan je kalau apa-apa, perempuan la yang nak tengok dari sudut pandangan yang besar.



contoh macam :

lelaki pandangan fokus terus ke point. macam haiwan pemangsa. fokus!! fokus!! (baru sekarang saya tahu kenapa lelaki gatai dikatakan buaya.)dah aim. terus tangkap!



perempuan macam lebih besar kawasan taklukan mata. nak tengok semua benda. taknak tinggal certain part nanti jadi tak ketahuan. macam haiwan mangsa. untuk elak dari terleka dan tertangkap dari pemangsa.



eh eh. betul ke perumpamaan ni.



ada ke samakan dengan mata binatang? boleh ke?




takpelah. takkan nak guna mata saya pulak. mata saya dah la rabun. kang tak nampak macam mana?


sebab tu la saya haritu ada kawan cerita dekat saya.



* oh ya, saya mungkin boleh ikut jejak langkah ayah saya jadi kaunsellor. saya pendengar yang agak baik.uhhuh. *angguk angguk kepala.





saya nak cerita balik ni apa yang kawan saya cerita. saya rasa dan harap-harap dia tak baca dan terjumpa benda ni. kalau dia tau saya tulis pasal dia dalam blog berilmiah ni, matilah saya.



tapi saya tak tahulah mati macam mana.




mungkin jugak takda sapa tahu kematian saya bila.



di mana.



tapi takpa. kepada silent reader saya (u know who u are), kalau tiba-tiba saya tak masuk entri dalam masa 3-4 bulan, mungkin saya dah ditabuh oleh kawan saya dalam jangka masa 3-4 bulan sebelum itu. sila repot polis. terima kasih.*saya harap saya sudah berkahwin pada masa tu.macam rugi pulak mati tak kawen. maksud saya, sapa nak jaga keluarga saya nanti? sila pikir yang baik-baik bila saya sebut pasal kawen boleh tak?



eh, taip punya taip, tak cerita jugak lagi kawan saya kata apa.




dia cerita kata, dia rasa tak sedap, bila awek dia suka mesej dia time kelas. masa tengah belajar. masa tengah prep (bukan sekolah je ada prep kan?). wooh! aku nak baca buku la!!!! (note : saya betul-betul plagiat je apa yang dia cakap pada saya.)




dia kata lagi, ilmu menjamin masa depan yg cerah. kalau beliau tak baca buku, macam mana beliau nak pandai. macam mana beliau nak dapat kerja elok. gaji besar. kawen dengan awek. awek hidup senang.




err.




tadi kita tengah cakap pasal mesej dalam kelas kan? kan?






tak sangka pulak perihal mesej boleh membawa impak yang begitu drastik sehingga kehidupan alam berumah tangga.




sekarang, sila mengaku sapa yang tulis artikel pasal lelaki perempuan tadi? saya dah tertipu ke atau saya salah pemahaman.




kalau saya sebagai perempuan yang bernama sarahnur.




bila saya mesej dalam kelas. maknanya saya bosan. bila saya bosan tangan saya menyeluk beg cari makanan.



bila makanan takda, saya terpegang pulak fon.



bila saya keluarkan fon, saya otomatik unlock dan tekan tekan tekan. mesej send.




tujuan cuma satu. membuang masa yang bosan ke dalam tong.




saya takda pulak pikir pasal kalau saya mesej, saya tak dengar pensyarah punya soalan kuliah. maka saya tak dapat jawab exam. tak dapat grad. tak dapat cari kerja cepat-cepat. tak dapat kumpul duit. tak dapat kawen. arghhh!!! tensennya! nak kawen pun susah!!! HISH!



dah lah! saya nak jual henfon saya. sapa nak beli.

4 comments:

Anonymous said...

u know who u r..xoxo..gossip girl

...sarah n... said...

jgn nak misteri sgt ye A! haha

de_nataLie said...

haha..bese la 2, laki gelabah je pk cm2..

Anonymous said...

ahahaha..spotted!!