RSS

Sunday 19 September 2010

entri yang penuh emosi. *sila baca dengan emosi juga

saya cuma manusia atau budak perempuan yang cuba cari jalan sendiri untuk terus berjalan.



saya takda apa-apa.



saya takda paras rupa yang menarik untuk ditekel.



saya takda duit atau harta benda pun untuk bodek kawan-kawan.



saya takda sikap happy-go-lucky yang boleh buat semua orang suka berdampingan dengan saya, dan untuk membuatkan kawan-kawan saya terus cari saya jika mereka nak lepak.




saya cuma ada telinga untuk dengar. apa saja luahan hati.




saya cuma ada pemikiran logik, kalau kawan-kawan nak minta nasihat. dan itu pun cuma nasihat seorang amatur. bukan pakar dalam hal cinta, perempuan, atau pun akademik.



macam saya kata tadi. saya takda apa apa. langsung tak.



saya cuma ada hati yang rapuh.



saya cuma ada hidup, yang saya mahu hadapi dengan tenang.



saya tak mahu lagi apa-apa kisah tragis.



saya tak mahu lagi keghairahan meengejar kegembiraan.



saya tak mahu terlibat dalam karenah manusia awal kedewasaan yang penuh drama.



bagi lah saya peluang untuk terus menjadi pemerhati kehidupan orang lain di sudut, dan beredar bila sampai masanya.



tolong. saya merayu.

2 comments:

rijal said...

mgkin kita tidak sedar ataupun buat2 x sedar...kebanyakan mnusia mmpunyai keinginan yg sama..

mnjadi pemerhati dlm kehidupan org lain,ataupun cuba memasuki dunia org lain utk mngejar kegembiraan..kdg2 mnjadi penasihat dan pendorong kpd rakan2..adakala perlukan pula nsihat dan dorongan drpd seorang shbt..

*mengomen dgn pnuh emosi

ZuLFaDZli *JoE* HAsSaN said...

kekadang sesuatu seperti ni sering dialami..

bukan seorang yang kamu mudah dampingi.... ada yang membenci..

biar la aku jadi diri sendiri.....

nak keluar dari kepompong manusia yang jahil tentang perihal manusia lain.....

biar jadi yang sementara untuk dikenang selama...

*sangat beremosi*