RSS

Friday 26 April 2013

surat maya melayang.

ke hadapan j (initial sebenar. ada dua sebab kenapa saya tak tulis nama betul. 1) sebab saya malas. 2) sebab nanti kawan saya, yg nama bapak dia sama, akan terasa terpukul dengan surat maya ni. 3) nanti dia google nama dia, dia jumpa belog ni macam mana? kalau dia setakat baca nama dia takpa. ni dia baca sampai 2009 tuuuu. tak boleh! )

eh sarahnur. ko tak reti kira ke. tu tiga.



eh kau. yang peka sangat kenapa.



ha j. kejap. jangan lari hoi. kau dengar ni.


saya tahu la ko tu membesar langsung dekat tempat orang putih. coklat dan lain lain. yelah, bapak kau duta kan. banyak sangat langit kau dah junjung.



tapi saya tak puas hati satuuuuuu je. satu. tak banyak. dua baru banyak. ni satu.


disebabkan kau pun melayu kita dan takda mix dan tak berlidah pendek. boleh tak kau guna pakai nama yang pakcik nasir bagi untuk kegunaan aku sampai mati, yakni sarah nur?



saya mintak tolong ni. jangan nak pelat serra serra sangat, boleh tak?



bukan apa. susah payah pakcik nasir jumpa ustaz sana sini mintak insprirasi nama untuk aku. maka dapat la kesenangan tu. tapi ko nak tukar serra pulak. kalau agnes monica ke tak pe lahhh jugak. ni serra macam serakan cahaya prisma tahu dak?!

macam kau panggil nama dila tu lah.d-i pronounce deeee. macam nama phil, kau sebut dhillllla. geli tahu?!


cuba bayang, kalau nama kau roslan, tapi sebab lan nama exboyfriend kuna, maka atas dasar loyalty, saya takleh sebut roslan, saya panggil rosli,nakkk?



oke bai.



yang meluat,

sarahnur aka agnes monica.

No comments: