RSS

Wednesday 17 April 2013

sebelum. tengah. selepas.

Entah kenapa, saya sikit menyampah bila keluar ayat yang memaksudkan pemerhatian kepada perubahan, terutamanya kepada saya.


Kau dah berubah sarah.



itu. seperti mengundang perbalahan. pertengkaran.



ayat 'dah berubah', memberi makna, yang mereka telah memerhatikan perubahan daripada sebelum kepada selepas, kan?



tapi, pengucapan ayat 'dah berubah' tak berlandaskan bukti sebelum, cuma ada pemerhatian selepas. apatah lagi proses di tengahnya. langsung tak kelihatan.




kau ada perhatikan saya sebelum? jika ya, tunjukkan.



di sebalik apa yang berlaku 'selepas', kau ada nampak proses di tengahnya? jika ya, put yourself in my shoes. kenapa proses di tengah membawa kepada 'selepas'.



sebenarnya, kebanyakan cuma nampak 'selepas', dan membuat tekaan rambang 'sebelum', dan hasilnya proses di tengah yang ditempek tampal mana yang patut. tipikal.

No comments: