RSS

Saturday 1 October 2011

tajuk tak muat.

SEBAB-SEBAB KENAPA SARAHNUR MEMASUKI SEKOLAH ASRAMA WALAUPUN MASA DARJAH 4 DIA MASUK SEKOLAH ASRAMA, DIA KELUAR LEPAS 3 BULAN DAN BERTOBAT TAKNAK MASUK DAH.




itu cuma tajuk baru. belum masuk isi penting dan pendahuluan lagi.



saya rasa umum sudah mengetahui bahawa (ayat skema ikut skrip jawapan), eh. kejap. saya pun dah lupa saya dah cerita belum kat sini yang saya pernah masuk sekolah asrama masa darjah 4. masuk sebab keputusan PTS elok, dan pastu pegi ujian kelayakan pun lepas la.




tapi lepas beberapa bulan, saya tak suka dah. bosan lah sekolah asrama. semuanya kene buat sendiri. semuanya sama ada buat sendiri atau buat secara berjemaah atau pukal. sebagai contoh. ah tak payah contoh. semua tahu kot.





lepas tu, sekolah tu adelah sekolah siti. saya kan minat siti. pastu, warden cuba pujuk saya daripada meneruskan niat untuk keluar. dia kata siti selalu datang jumpa student. saja melawat sekolah lama. niat beliau mungkin nak pancing hati kecik saya supaya terpedaya dan meneruskan kehidupan di sekolah dan terpaksa membasuh baju sekolah hari-hari sendiri. cis. saya tak suka makanan kantin lah! tapi tu dulu.





eh sekarang saya sudah terlebih buat pendahuluan. mungkin perlu terus ke point.




tentang kenapa saya dah bertobat, tetapi tetaaaaaap jugak memilih untuk ke boarding school.




sebab pertama.




err.



mungkin cuma ada satu sebab ni aja.




walaupun betapa naif nya nampak pemikiran budak berumur 12 tahun, tapi, sila maafkan.



masa lepas UPSR, kan ada dalam seminggu lagi hari sekolah tapi cikgu dah tak ajar kan sebab, kamon lah kan. dah lepas peperiksaan besar kot. cikgu mana yang berkobar lagi mau ajar.




kalau ada pun, kami kanak-kanak riang di kelas 6 bestari sekolah kebangsaan toh sajak, tak mungkin mahu membuat muka rajin lagi selepas periksa. tak tipu.





pastu kawan baik saya nama dia jannah musa. dia cerita.




dekat sekolah menengah yang paling dekat dengan kawasan tu. budak-budak sekolah dia.





wait for it.




wait for it.




(dah jangkit tabiat barney stinson dalam how i met your mother.)





budak perempuan dia ada beberapa kes mengandung luar nikah umur muda-muda.





hahhhhhh?!!!





saya tak nak mengandung muda!






saya nak masuk universiti!





saya nak jadi dokter! (cita-cita zaman jahiliah)





saya tak nak masuk sekolah tu!







balik rumah terus saya cakap kat ayah, saya taknak masuk sekolah tu. saya nak cari sekolah jauh sikit.





rupanya, ayah dah tolong apply kan untuk saya kemasukan ke mrsm. walaupun dia dah tahu tentang ke-tak-mahu-an saya berasrama, dia tetap apply jugak.





ayah. memang paham anak dia. bukan mak aja.





itu lah sebabnya. oke bai.

2 comments:

Anonymous said...

sokong 100% ! bersyukur sgt2 dpt msuk mrsm kan..wlwpn buas plus nakal2 sikit kt mktb..tp xde la terlebih mslh sosial sgt. maaf skola gov,no offense :D

...sarah n... said...

yes. no offense. ini cuma pasal sekolah yg dekat dgn rumah tu la.