RSS

Saturday 6 November 2010

kfc

wahaha. lagi berapa hari dah boleh selebret anniversary sebulan tak update belog. eh, kalau sebulan mana kira anniversary sebab anniversary secara literalnya bermaksud ulangtahun. jadi ini mungkin cuma ulangbulan. sebab anniversary saya percaya diambil dari perkataan annual ----> tahunan. jadi kalau untuk kes ulangbulan, ambik...errr...mungkin monthversary? oke. segalanya mungkin. saya tak tahu. kenapa nak fikir lagi susah-susah, EXAM KAN DAH HABIS!!





tipikal student. asal exam final berlalu, mesti seperti nak keluarkan otak dan sorok dalam peti hitam dan sumbat masuk almari paling buruk dalam stor.padahal, nanti nak kena fikir pasal balik lagi, barang nak bungkus-bungkus lagi, pasal jurnal format sains malaysiana untuk komunikasi saintifik yang belum buat-buat sampai sekarang tapi kena hantar sebelum balik cuti nih. alamak! terlupa nih.






ni paling utama nih. update belog sebelum cuti nih. tangan dah ketar-ketar time exam nak taip taip, tapi salah timing. ada ke time exam hubungan etnik yang objektif tu tetiba nak menulis? gila apa?





tapi masa tetiba tunggu LRT nak pegi balik kl sentral pun tetiba otak bergelombang laju je pikir-pikir idea random nak berbeloging. masa depan laptop taknak pulak brainwave laju-laju.





tapi mengenangkan kutukkan asrinna yang berbaur ugutan yang katanya, "asal bukak je mesti tangan ketar-ketar marah".(itu tajuk entri sebelum, pada sapa yang pending.)





seperti biasa, bila banyak sangat cakap benda lain, lupa pula pada tujuan asal.






apa tadi?






oh ye tak ye. tadi pegi dating. walaupun saya tahu ramai yang rasa macam 'pedulik-hapa-aku-kau-pegi-dating-loser', tapi saya nak cerita benda yang terjadi masa dating. jadi, wajiblah dong kamu ketahui asal usul kejadian.






kerusi monorel atau LRT kan tak macam ktm, dia macam takda pembahagi walaupun sebenarnya ada even cuma bonggol sikit macam bonggol tengah jalan kan. kalau kerusi ktm, leh la nampak terangtangtang la, ni kerusi aku, ni kerusi kau, jangan lebih atau kau kena panggil gila seks. haa gitu la gaya kerusi ktm.





tapi kerusi LRT pulak tak, dari jauh nampak macam kerusi kantin sekolah internasional je kan? eh, mana saya tahu pulak kerusi sekolah internasional macam mana. dia macam kerusi kantin kat sekolah kan, panjang dan lurus, tapi papan, tapi kalau LRT kerusi panjang dan lurus, dan licin dan cantik comei ada gambar katun kadang-kadang. dapat bayang?





oke, fine. kalau tak dapat bayang, sila google kata kunci 'kerusi LRT'. jumpa apa?





bukannya saya ada masalah dengan kerusi LRT. bukan. bukan. saya cuma ada masalah dengan manusia sekalian yang duduk atas beliau je. tapi bukan semua.





cuma yang seketul dua yang berjantina tertentu, bila duduk kangkang punyalah luas sampai consume 3 bahagian sekali (ini kisah benar, saya selalu ternampak.TER.). maknanya, kiri dan kanan dia, orang nak duduk pun tak jadi sebab takutkan geselan-geselan yang tak berpatutan. (perkataan berpatutan boleh ganti dengan vocab lain yang lebih sesuai ikut kreativiti pembaca sebab saya tengah cuba nak kekalkan bahasa sopan ni.)






amboi. amboi. amboi.





buat saya terfikir, ada yang tak kena ke dengan cawat seluar dia?




cawat seluar perempuan lagi ketat kot.





atau mungkin kaki dia lenguh. orang lain yang tengok tu tak lenguh agaknya.






yang penting saya tetap tak paham kenapa. rasa macam nak je tanya," hey kau, apesal consume kerusi banyak sangat ni, dua pun dah lebih dari cukup, lebih-lebih pulak. tak nampak makcik tu tua? dah la kau yang muda belia sihat walafiat ni tak berperikemanusiaan bagi kat makcik tu duduk. kau ambik pulak banyak-banyak kerusi. bapak kau CEO LRT ke?" (alamak, sekali terkurang ajar).





ops. sila jangan hentam saya dulu. saya tahu lelaki kalau duduk kangkang kan, takdehal. takkan nak kepit pulak, tu lain dah cerita tu. cuma, tak paham, kenapa nak ambik sampai 3? 3? lucky number? idts.





apa-apajela. saya banyak lagi nak tulis ni.

2 comments:

Anonymous said...

yeayyy2~
ade blk watak aku..hahaha

Anonymous said...

aku pending ke ape? bila kfc tubik lam cte nih??? x phm