RSS

Wednesday 13 October 2010

tangan ketar-ketar ni marah

kita sama-sama manusia. taraf sama je dekat mata orang atas.



mata orang atas cuma perumpamaan.



tapi taktau la kalau kau duduk tingkat bawah, jadi, mata orang atas mungkin akan membawa makna literal.since saya duduk tingkat atas sekali, atas kepala saya siling yang ada 99 jenis lubang hujan, jadi, orang atas saya adalah yang lebih tinggi.





saya sedar diri. bukanlah sebaik mana. rukun yang lima tu pun tak berapa nak sempurna. zakat pun mak yang bayarkan lagi. maklumlah, student.




perangai saya waktu nak membesar jadi orang pun, saya perangai sikit kurang baik.




tapi sekurang-kurangnya saya sedar diri. dan saya berusaha untuk menjadi lebih baik. walaupun kadang-kadang usaha saya mendapat halangan dari pelbagai pihak termasuk makhluk menyetan di telinga saya.




saya bersyukur sebab dulu saya ada ayah yang selalu tegur tingkah laku saya.




ayah pernah cakap, jangan buat naya orang. Tuhan marah. kalau Dia nak tarik, Dia tarik kejap tu je. Dia bayar cash. takde hutang-hutang cukup bulan bayar.




mula-mula, ego budak hingusan, memang lah saya melawan dalam hati. saya defend diri sendiri dalam hati. gila kau nak melawan cakap ayah? kena lempang mau? (ayah saya takdelah garang macam mejar polis ke apa, ayah saya baik je, cuma bila anak-anak perempuan dia ni dah melampau, naik tangan jugak lah.)




tapi, lama-lama, saya sendiri belajar. ya. saya belajar jaga diri sendiri. jaga hati orang. jangan naya orang. kalau hati saya sakit kena toreh-toreh pun, saya sabar je. takdelah kata saya berlagak berhati mulia. tapi, saya mengumpat jugaklah orang buat saya sakit hati tu. tapi cuma tu jelah. nak lebih-lebih pun, apa jelah yang saya mampu buat? nak bayar pembunuh upahan pun tak mampu.





bab nak naya-naya orang ni saya tak suka betul.




kita ni, sama sama sebaya je. sama-sama student lagi. tak lebih tak kurang. oke, mungkin dari segi keputusan CGPA ada yang lebih. tapi saya pedulik apa? bukan saya boleh buat apa pun dengan CGPA kau.




kalau pun kau nak pastikan kehidupan pelajar kau senang dan penuh gembira pun, jangan la nak naya orang. macam quote dari ayah yang menegaskan bahawa, Tuhan bayar cash.




hari ni, kau potong line orang dekat ATM, mana tau, lepas kau amik duit, kau topup, maxis potong duit yuran SOS. abeh duit kau rm2.50. tengok. cash.





tak perlulah pasal kau nak duduk bilik berdekatan dengan bilik kawan kau paling frenship forever tu, kau tipu cakap kaki kau sakit takleh naik tangga sehingga merampas bilik orang yang dah check in. padahal kaki kau sakit tu masa 8 bulan lepas. dan kau bukannya atlet pun, sampai nak kena sangat jaga kaki takleh naik turun tangga hari hari. kau pelajar biasa yang kumpul lemak tiap-tiap hari jugak.




hey. saya tengah sakit hati dinaya orang.





ni je yang saya boleh buat. mengutuk dia dalam blog saya. tapi saya cerita yang betul.





semoga Tuhan bayar dia cash dan ambik bunga 20%. serius saya tak suka diperbodohkan dan diperkotak-katikkan. pegi mati

5 comments:

ZuLFaDZli *JoE* HAsSaN said...

sabar sarah,,, happen a lot gak la..... like!! PERGI MATI!!!

Anonymous said...

sudah hampir sepurnama, x surut2 lg ke kes rampas blik tu??hohoho

...sarah n... said...

joe.

heh. tu la.

anon.

dah surut. tp org tu CARI PASAL LAGI.

Anonymous said...

so tsunami melanda kembali la?haha

BUNGA said...

salam ziarah..
banyak2 bersabar yer.. jgn mrh2.. nnti muka cepat kedut (gurau jer ) :P