RSS

Sunday, 21 February 2016

mixed feeling

Saya macam tak ingat berapa kali, tapi saya selalu cakap dengan diri sendiri dan kawan-kawan, saya jenis orang yang berpijak di bumi nyata. Dalam bahasa pasarnya, jenis sedar diri. Peace yo.


Jujur cakap, persiapan ni, tak adalah stress sangat macam yang digambarkan oleh filem-filem barat atau orang-orang yang berpengalaman sebelumnya. Ok, biar saya re-phrase. Maybe tidak se-stress orang-orang sebelum yang mahukan perfection. Di hari dirinya sebagai raja/ratu sehari.


Ini mungkin sedikit masuk bakul, tapi, sumpah, saya tak mengharapkan ianya perfect. Maksud saya, kamon, saya berwalikan pakcik tiri yang cuma saya nampak mukanya pertama kali pada hari pengkebumian ayah saya 10 tahun dulu. What do you expect? How can I ever change that into perfect anyway?



So, I stopped hoping. I stopped overthinking. But I didnt stop the process obviously.


But I was as calm as a bride can ever be.


Until I was asked by people all around me.


I couldnt get the place I wanted. heh. its fine. *waving hand lazily.

I couldnt get the dress I wanted. heh. its fine. *waving hand lazily.

I couldnt get the color I wanted. heh. its fine. *waving hand lazily.

I couldnt get the doorgift I wanted. heh. its fine. *waving hand lazily.

I couldnt get the dais I wanted. heh. its fine. *waving hand lazily.



Luckily I designed my invitation myself.



Bohong la cakap kalau tak kesah pasal semua ni. Saya perempuan kot. Tapi saya dah mula kurang kesah, sedikit demi sedikit.



Saya bukan anak doktor atau majistreet. Saya bukan model atau at least, hijabista. Saya bukan sapa sapa pun.



But if undivided love is all you want, that, I can do. I can be better, together.


Still, a girl is a girl, always. Hidden somewhere inside this twisted mind.


Kami selalu mahu rasa dimanja dan dibelai. Walau se-tough mana pun kami.


Promise me this.

Wednesday, 27 May 2015

hai pakcik nasir masa muda.

jap. jap. lupa tadi nak cerita apa.




oh ye tak ye.


pada suatu masa dahulu, saya ada facebook account. sarah hejo nama diberi. (diberi ke, ko beri pada diri sendiri?)


masa tu zaman kat uk...m..



maklum la, student, darah muda remaja. sepanjang masa ber-online tanpa was was.



saya ada banyak friend yg mutual dengan org sebelah. mutual friend dengan wak kafe (wtf?) macam macam jenis 'friend'


meluaskan jaringan, kata orang. network kena beso.



tapi ada sorang mamat ni. meskipun dia takde lah hensem (alah mengaku jela, kebanyakan perempuan add kawan yang bukan kawan, cuma kerana paras rupa), saya suka saja berbalas komen dengan beliau.



bukan sebab cinta online. no. no.


saya dengan beraninya sumpah takde perasaan perempuan-lelaki dgn dia. dia pun saya assume, sama jugak.



kami suka bergurau. he gets me. banyak inside jokes antara kami. dia kelakar.



tapi, faktor utama yang menyebabkan saya get along so well with him, adalah kerana, muka dia sebijik macam pakcik nasir zaman muda belia tahun 80an.



i miss him.

Saturday, 23 May 2015

sarah di sini. sarah di sini.

saya sudah hampir sebulan bergelar tunangan orang. secara suka rela.


maksud saya, ini bukan drama melayu. yang selepas mengalami series of heart-breaking tragedies, i have the resources to be grateful with whomever my parent picks for me. well, not a chance.


anyways. tipikal sarah. tendency untuk melalut yg sentiasa tinggi.


saya, happily engaged. dikurniakan bakal keluarga mertua dan ipar yg sangat cool. alhamdulillah. despite many obvious flaws, they seems to be happy with this skinny girl yang their son chose to marry.


at 26, saya masih belum pandai masak kari.

Saturday, 22 March 2014

not so far-sighted.

kalau vision menjadi visi, position menjadi posisi,conclusion menjadi konklusi (and u got the idea), macam mana pulak television menjadi televisyen? mana pergi televisi?



curiosity kills.

Sunday, 23 February 2014

Im sorry but i think happiness is too idealistic. while what you actually feel is content. the void feeling is filled.

Saturday, 1 February 2014

sarah nur at 25.

Saya bukan jenis orang yang sentiasa mahukan apa yang baik, cantik, lebih.



saya jenis yang mudah puas hati. dengan apa yang saya ada.
Bersyukur.


tak bagus untuk masa depan. ya. mungkin. kalau masa depan tu pasti.


Masalahnya sekarang, satu-satunya yang pasti, adalah kematian. jadi,dulu saya penah impikan keinginan sambung belajar ke tempat lebih jauh. ke posisi di mana keturunan saya (baik mak atau opah) atau anak anak saya di kemudian hari, mampu bangga dengan kewujudan saya.


tapi saya tersekat dengan peluang dan tanggungjawab untuk berbakti.


saya pilih itu. daripada yang lain lain.


sebab itu saya akan mengaku. di usia 25 tahun, 1 hari, saya dah berubah. 180 °. jadi, saya tak rasa 'justcallmesarah', masih relevan.



ahh. ya. mungkin saya perlu mula mengambil supplement tambahan macam collegen.

Tuesday, 6 August 2013

hooiii

kerja takde lah stressful mana (untuk hari ni), tapi, tetibe saya ter-hoi kan PC secara kuat. dang. malu sendiri.