RSS

Wednesday 27 May 2015

hai pakcik nasir masa muda.

jap. jap. lupa tadi nak cerita apa.




oh ye tak ye.


pada suatu masa dahulu, saya ada facebook account. sarah hejo nama diberi. (diberi ke, ko beri pada diri sendiri?)


masa tu zaman kat uk...m..



maklum la, student, darah muda remaja. sepanjang masa ber-online tanpa was was.



saya ada banyak friend yg mutual dengan org sebelah. mutual friend dengan wak kafe (wtf?) macam macam jenis 'friend'


meluaskan jaringan, kata orang. network kena beso.



tapi ada sorang mamat ni. meskipun dia takde lah hensem (alah mengaku jela, kebanyakan perempuan add kawan yang bukan kawan, cuma kerana paras rupa), saya suka saja berbalas komen dengan beliau.



bukan sebab cinta online. no. no.


saya dengan beraninya sumpah takde perasaan perempuan-lelaki dgn dia. dia pun saya assume, sama jugak.



kami suka bergurau. he gets me. banyak inside jokes antara kami. dia kelakar.



tapi, faktor utama yang menyebabkan saya get along so well with him, adalah kerana, muka dia sebijik macam pakcik nasir zaman muda belia tahun 80an.



i miss him.

No comments: