RSS

Saturday, 21 October 2017

Lemon to lemonade

Saya rasa saya adelah orang yang paling kerap tukar kerja dalam kalangan kawan dan taulan.

2011, penghujung 2012, awal 2015, dan hujung 2017.
4 kerja dalam masa 7 tahun.

Bukan memilih sangat.
Kerja pertama tukar sebab syif malam. Nak tukar jadi siang.
Kerja kedua sebab peribadi. Jiwa kacau. Nak sangat balik kerja dekat kampung konon.
Kerja ketiga ni? Walaupun hampir cecah 3 tahun bertahan. Tapi beralih jugak bila dapat tawaran kerja baru. Sebab paling cliche. Demi kestabilan masa depan.
Harap harap kerja keempat ni tahan la at least 5 tahun ke atas la.

Tadi baru lepas baca iium confession.

Macam krik krik kejap.

Saya fikir saya dah lepas fasa fasa genting kot. Tapi masih ada rasa ketakpastian masa depan.

Tapi takpe sebab sekarang, dah ada hala tuju. At least at the moment.
Urusan rumah hampir selesai, tinggal nak buat payment sahaja.
Urusan lain lain tu tak mampu nak fikir buat masa ni. Pelan pelan kayuh la. Penat. Setahun ni banyak gilalah urusan rasmi.

Khamis haritu sorang kawan lama yang tak contact sejak tahun lepas, tiba tiba mesej balik.
Bila tanya apasal. Dapat reply : dah taknak kawan aku ke.

Saya cuma mampu ignore saja soalan tu.
Sebab dalam hati ni nak cakap bnda yang boleh rosakkan friendship hampir 10 tahun dalam sekelip mata.

Tapi tak adil kalau saya letakkan dia dalam kedudukan tu. Bukan salah dia.

Kemudian saya update semua perkembangan saya dalam masa setahun. Catching up.

Setel. Orang dah tanya, kita jawab jela. Buatnya orang dah taknak amik tahu. Jangan merungut pulak nanti.

Kan.

No comments: