RSS

Saturday, 28 October 2017

Holloween Costume party di pejabat

Untuk menerangkan kenapa kami anak Malaysia tiba tiba menganjurkan keraian holloween sedangkan kita malaysian tak mengamalkan kepercayaan/amalan ni. Saya kena go all the way to the beginning. 

Politik dan drama pejabat memang ada dekat semua tempat. Cuma besar atau tak aja isunya.

Di tempat saya agak ‘memberangsangkan’ jugak lah.

Dan saya terpalit sama atas sebab professionalism yang ditafsirkan oleh individu-individu dengan cara tersendiri.

Tapi saya ok. Sebab saya rasa hak saya sebagai pekerja untuk bersikap professional. 

Setengah tempat kena rasuah. Setengah tempat kena ‘harassment’. Setengah tempat kena buli.

Tempat saya cuma lack of professionalism and good working etiquette. And manners. Dalam bahasa pasar, habit kiss ass.

And ada beberapa initiative yang diusahakan oleh beberapa kumpulan staff to improve these situation.

Saya pulak mengepalai kumpulan yang bertanggungjawab untuk improve our working process. Specifically, ours.

And another one is improving our relationship with others, in the same team.

Sekerap mungkin, kumpulan ini akan cari acara yang boleh dibuat dengan bajet seciput boleh. Kita dah start sejak ogos-merdeka, september-1 malaysia, oktober-deepavali.

Kebetulan oktober jugak ada holloween yang jugak disambut di headquarter kami di San Diego. 
Majoriti kami adalah non-malay, mereka jugak mahu menurut serta dalam Holloween-Theme parti.

Nak dijadikan cerita lah kan. Sorang ni amik karakter Wednesday Addams.

Dia pergi sana sini dengan senyap dan cuma berdiri je sampai orang perasan dan cringe at her sight. 

Dia berdiri sebelah team lead saya tapi beliau tak perasan sebab pakai tengah shopping online sambil dengar lagu pakai headfon. (See what i am dealing with on daily basis?!)

Tiba tiba dia toleh dan nampak si Wednesday Addams jadian ni, terus menjerit macam horror movie!

Sumpah scary. Sumpah jeritan dia sebijik macam dalam movie. Sumpah kitorg semua yang dengar pun betul betul ingat dia nampak hantu ke apa jadah.

Semua hampir kena minor heart attack. 

Betul betul dapat feel day of the dead?

No comments: