RSS

Thursday, 19 March 2009

dah tebiat ke?



kenapa ya, dis past few weeks, saya asik teringat ja kat rumah saya.

kat mak saya.

kak.

nani.

ayah.

kuna.

adek.

opah.

sampai-sampai, pagi tadi, sebelum pegi kelas, saya buat benda pelik yang saya buat tanpa fikir pon.


saya pegi google earth dan mencari lokasi rumah saya.macam orang kata, tak nampak orangnya, nampak bumbung rumah pon jadilah.

aneh.sungguh.tak penah-penah rindu kat rumah sampai macam ni.

ni ke homesick?

tak mungkin!

saya dari kecik memang asik dipisahkan dari keluarga. sejak umo setahun jagung.

manja? so not me!

sayalah miss independent dalam keluarga.bukan nak riak. tapi realiti.
tapi, saya mula menghantar mesej-mesej menanya kak yang bukan-bukan.

kenapa?

macam ada sesuatu yang saya perlu buat di rumah?

tapi apa ya? 

sebab sepanjang saya balik umah, berdasarkan pengalaman lama, saya cuma makan dan tido ja.bukan aktiviti yang sihat pon.

tapi, akal saya macam tak bagi je balik. sebab, esaimen c++ tak siap-siap lagi. (konon-konon kalau tinggal kat kolej dapat buat dengan jayanya lah..)

sebab, saya nak jimat duit tambang, buat beli makan pon sedap jugak.

plus, saya dok kat rumah pon tak membawa manfaat langsung kepada keluarga yang saya dok teringat-teringat beria ni.

kalau saya nak balik jumaat. saya kena ponteng kelas biosel lagi petang tu.bas cuma ada pukul 2 je setiap ari dekat kajang. nak pegi pudu? owh.tak mungkin!

sebab nak exam ke? mungkin jugak.

selalunya saya cuma insaf-insaf teringat semua ahli keluarga bila esoknya mahu exam.sebab mintak restu kan.

tapi finel hujung bulan depan.jadi kenapa dengan saya ni???

ini ke orang panggil buang tebiat?

mungkin.

p/s: hasilnya minggu ni tetap tak balik juga.sekian terima kasih.

No comments: