cara memandikan kucing anda dengan selamat tanpa sebarang kesan cakaran.
- bersihkan mangkuk tandas dengan sebersih-bersihnya untuk menghilangkan jumlah mikrob yang mungkin bermastautin di situ.
- masukkan jumlah air yang diperlukan beserta shempu secukupnya. sila jangan membazir. cukuplah dengan amaun yang berpatutan.
- sila jemput kucing anda dengan lemah gemalai dan tenangkan debaran yang melanda hati beliau. anda tahulah kucing, segan sungguh nak biarkan diri dimandikan.
- dengan pergerakan yang sepantas kilat dan mesra+cepat+betul sila letakkan kucing anda ke 'bath tub' beliau. sila tutup pintu bath tub jugak.( anda mungkin perlu berdiri di atas pintu bath tub itu untuk memastikan kucing kesayangan anda tak keluar masuk sesuka hati.)
- *perhatian : pastikan anda tidak menyediakan mana-mana bahagian badan anda dekat dengan pintu bath tub atau mana-mana lubang yang boleh dicapai oleh si kucing.kalau anda dengar bunyi-bunyi yang pelik, sila abaikan sebab kucing anda sedang bersuka ria bermandi manda.
- flush tandas anda 3 atau lebih mustajab 4 kali. ini supaya kucing anda 'dicuci dan dibilas' sebersih-bersihnya tanpa sebarang kesan sabun yang tersisa.
- mintak bantuan kecemasan dari jiran-jiran anda untuk membuka pintu keluar dan pastikan tiada halangan dan juga sebarang manusia yang berada di antara tandas anda dan pintu keluar.
- berdiri di belakang tandas anda sejauh mungkin dan bersedia mental dan fizikal.
- buka pintu bath tub dengan cepat.
- kucing anda yang sudah bersih akan melompat keluar dan lari keluar untuk mengeringkan diri.
selamat mencuba!
Yang Ikhlas,
ANJING.
3 comments:
tak ke mati kucing tu nnt.
haha..
entah.tak penah terai lagi.ko terai la, pehtu gitau aku yaahhh...!!!
yeah..nk try nnt..tp try kt anjing dlu la..bru kucng
Post a Comment