lemah semangat.
ya. saya nampak je macam sempoi sempoi. chill. suka belagak cool.
tapi saya lemah semangat. seriyes.
saya tak penah masuk rumah hantu. sebab saya takut.
memang.orang cakap mana ada apa.tu cuma props je. ye! ye! saya tahu! saya tahu sangat sangat!.
cerita hantu. hanya yang saya percaya kawan dengan adik beradik saya cakap tak takut je saya berani nak tengok. saya takut.
bukan saya saja-saja mengada buat buat takut.saya cuma kurang kuat.
saya tak tipu pasal ni. saya betul betul tak tipu.
tapi kenapa orang tak percaya.
suka nak paksa saya masuk rumah hantu. paksa tengok cerita 18SG.
saya tak mahu. saya tak nak.
tak paham ke?
saya seriyes ni.
cuma sorang je manusia yang tahu dan paham dengan ketakutan saya ni. dia selalu lindungi saya dari ketakutan yang saya tak boleh kikis ni. tapi sekarang, saya dah besar. saya tak boleh nak terus begitu. dia pon dah tak boleh terus lindungi saya dari semuanya.
tadi kawan ym.dia suruh saya bukak satu dokumen. saya rasa itu adalah helah untuk kenakan saya.
saya cakap saya macam penah dapat je dokumen tu. hantu ke?
dia cakap tak. saya tetap tanak bukak.
tapi dia cakap tak jugak.terai lah bukak.
saya percaya dia. dia kawan saya. saya percaya dia sebab dia kan kawan saya.
saya bukak dengan tak baca bismillah pon. dia kawan saya. saya betul betul percaya.
tekan tekan.
dan keluar gambar hantu menjerit.
astaga.
keluar perkatan perkataan tak sesuai untuk tatapan umum.
saya terkejut. tangan menggeletar. tergamam. taktahu nak buat apa.
saya betul betul lemah semangat. terdiam.
sampai hati. saya percaya dia.ini kah kawan?
air mata saya menitik secara tiba tiba.
dia cakap sori.sori sori.
mungkin dia tak ingat kot.
tapi, orang cakap sori doesnt cure.