RSS

Saturday, 3 June 2017

Pengalaman horror

Kepada yang ikhlas bertanya, how are you, are you ok.

Biar saya gambarkan dengan perincian.

Erm. Perlambangan dengan hati atau jantung adalah tak relevan sebab mana pernah manusia hand over hati secara literal kepada manusia lain. Kecuali penyucian hati Muhammad oleh malaikat. Itu lain. LAIN. Titik.


Ok, mungkin lebih mudah menggunakan contoh tangan. Senang dan simple.

Sapa yang tak pernah menghulurkan tangan. Hatta sekadar bersalaman dengan orang tua, atau lain lain sebab.

Bayangkan sekarang anda menghulurkan tangan kepada 'your significant other'.

Obviously, anda menghulurkan tangan anda dengan penuh rasa percaya dengan harapan tangan anda disambut dengan kasih sayang. Kata 'significant other'. Maunya tak sayang.

Tapi.

Tangan anda ditepis dengan kasar. Tulang belulang jari anda digenggam kuat sehingga retak. Kuku anda dikepil keluar untuk menampakkan daging di bawah yang kemudiannya diselar dengan hirisan kecik dan menusuk ibarat papercut. Tak cukup dengan itu, tangan anda dihempas ke lantai dan dipijak menghancurkan sisa tulang yang belum lunyai.

Lepas tu?

Walaupun ada doktor yang nak merawat, refleks anda akan menepis mengaduh kesakitan.

Ambik masa nak basuh, letak iodin, letak ubat, letak plaster bagai. Sanggup aja dibiarkan sepi tanpa perawatan. Mungkin.

Selepas beberapa ketika? Parut.

Lapisan kulit yang mengganti lebih tebal daripada asal.

Walau seribu kali pun maaf diucap, that wont change the fact that I already have a scar. In my heart.

No comments: