tadi terbaca post fain pasal topik ni.
ragam manusia (klik untuk baca)
jadi saya mahu respon.
dah lama dah pikir benda ni..semua kes tu, buat group semua, memang kurang patut. bukan tak patut, cuma kurang.mungkin untuk luahkan perasaan tapi....kita kan manusia biasa...tak sedap lah buat macam ni sesama kita kan?
bukan apa, kita kena jugak pikir dari pihak diorg.
oke betul, mungkin mangsa silap polis tu perlu dibela, tapi kenapa nak generalise kan nak SALAHKAN POLIS secara menyeluruh. abeh yang part diorg jujur tak terima rasuah, korban cuti raya etc etc tak perlu ambik kira, tak perlu consider?
yg pasal team melesia kalah pun, ingat diorg tu bertanding baru prektis ke? diorang bangun awal pagi belatih.ada kau tanya dia bangun stat prektis pukul berapa? sampai malam belatih. sehari berapa jam diorang semua prekti? hey, diorg tu sejuta kali lagi nak pegang thomas la bhai. korang? setakat tengok je nak bising apesal? korang kecewa tak dapat thomas, ada pikir betapa bilion2 kali diorg kecewa?? ada?? nak2 pulak dengan usaha diorang, harapan diorang. semua hasil praktis diorang. tolong la paham..diorang tu galas berpuluh-puluh juta rakyat punya harapan, macam mana terbebannya chong wei berdepan lin dan? stress jangan cerita. nak cakap itu tanggungjawab diorang berdepan stress? oke la oke la, boleh terima, tapi, bukan ke jugak tanggungjawab kita untuk terus sokong diorang? bukan nye bila kalah kondem kan? nak teguran membina boleh, tapi, membina ye?
ke....ada sesapa dengar pemain negara ni cakap, " alaaa...piala thomas je, apedehal? boleh dapat la bila2 pun..tinggal nak dengan tak nak je..."
ada ke? ada ke?
kalau ada sila tampil. sure ramai yang nak dengar nih. maklumlah...nak cari isi hujah nak mengumpat kan?
agaknya memang dah tabiat manusia, yang setitik nak dilautkan, yang sebutir nak dibukitkan.
Sunday, 16 May 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
setuju 100%!!
especially kes badminton. yang x practise, bulehla kutuk2 bagai.. diorang yang bagai nak gila main nak thomas cup tu, sape peduli? oh kesian.. (ni kes terpaksa pendam-hampir-nak-gaduh-ngan-housemate kes housemate kutuk team malaysia men)hehe..
p/s: background song ni best r.. putus- melda ahmad.. hihihihi
"yang setitik nak dilautkan, yang sebutir nak dibukitkan" baru jumpe peribahasa yg sesuai.. :P
tq2~
kaksu.
eh eh eh..kaksu baca blog kita laaaa...hehehehe
fain
masih mahu menjadi cikgu BM rasanya
Post a Comment