RSS

Thursday, 28 January 2010

bunga api mainan

masa kecik, ayah pesan, jangan main api. nanti terbakar rumah.


ayah serius. tapi sarah tak.

sarah gelak gelak.

sarah cakap, ni kan rumah sarah jugak, takkan lah sarah nak bakar.kan ayah?

ayah geleng geleng kepala.

anak bertuah ni punya banyak hujah untuk membalas kata.

sebab, bunga api tu cantik.


sarah nak hidupkan percikan api yang bermacam warna untuk diberi halwa kepada mata.

asyik telinga je dapat ubat, mata pun mahu juga halwa sekali sekala.

tapi, si kecil sarah tak tahu, percikan bunga api cuma cantik dipandang, perit ketika jatuh menyapa kaki budak nya.

sarah main tanpa berjaga.

tiba bunga api yang paling mahal, yang paling sarah suka dan berkenan sarah cucuhkan ke pelita.

orang putih kata, save the best for last.

bila terkena percik hijau bunga di ibu jari, sarah campak batang bunga api jauh jauh.

refleks.

sebab percikan itu perit.

sakit.

bergenang mata kecil menahan air takungan.

sarah toleh ke ayah.

ayah cuma menggelengkan kepala sambil melambai sarah ke arahnya.

sarah menyesal. bunga api yang paling cantik, yang paling sarah mahukan, membuatkan sarah serik.

sarah berjalan perlahan ke ayah. terus dipeluknya anak kecil itu yang menasan esak.


sudah sayang, jangan nangis. tak sakit kan?anak ayah kuat kan..?


sakitnya cuma menggigit sebentar. tapi.


yang membuatkan esakan sarah tak berhenti, rintihan sarah tak berlagu, tangisan sarah terus mengalir bukan sakitnya.

tapi, sesalan. sesalan kerana terlalu menurut rasa hati.


mujur ada ayah.


sarah sanggup kena percikan api dekat kaki lagi kalau ayah ada untuk peluk dan tenangkan anak ayah ni lagi pada waktu ni.


walaupun ayah dah pesan jangan bermain dengan api, tapi sarah tetap juga menyentuh nya. sekarang dah terkena tangan. sapa susah?

sarah ingat bila sarah dah umur 21 nanti, mesti sarah dah besar. cukup besar sampai takkan biarkan diri merintih lagi minta ayah. tapi tak. sarah betul betul silap. silap langsung. dari mula, sarah memang tak pernah betul...kan ayah?

10 comments:

oranglidi said...

haduis.. bergetap jugak jiwa baca entri2 macam ni.

r.k said...

oh. i cried twice today .. dua dua sebab blogger tulis pasal ayah .

thanx babe . T.T

chaie safri said...

suda 21..
sara 21 lebih kuat..
jgn sedeh sgt..
ur dad must be proud of u.

White Dress said...

this is sweet n so touching!
sarah kuat!!

White Dress said...

this is sweet n so touching!
sarah kuat!!

nazrien said...

mcm adik aku yg 4 tahun.. kental melawan bkn maen..xpdn dgn pompuan..bila saket baru nk diam..
serik? jauh skali...haha


tell him in your prayers..you are his pearl...

nothing said...

sbar sarah!anda K U A T!!!!

Suhaila S. said...

oh so touching..

be strong, sis!! jangan sedih2,..
sarah boleh, sarah kuat..

take good care ya..

keme said...

u know what to do

i.z.h.a.n. said...

dis is a really3 gud entry

dpt rase tulus dari ati..

hm..