RSS

Sunday, 9 August 2009

entry panjang membebel bebel

sekarang pengakuan jujur.

saya dulu mana suka keluarga saya. sayang? jauh sekali. seorang pun tak.


pada saya, apa yang saya rasa.

ayah : sampai hati dia suruh saya masuk asrama masa umur sepuluh tahun. makcik saya pun tegur kenapa nak mudamuda dah jauh dari keluarga. ayah kata, bagi dia belajar. taknak dia main. makcik saya kata, budak lagi, biarlah dia nak main pun. saya kata, pigidah! kalau saya, belajar dengan main? bagi saya tidur dengan makan lagi best. belajar kena guna otak. main kena guna ATP. dua dua penat. (tapi semua ni saya cakap dalam hati lah masa kanak kanak belum mumaiyiz dulu. mati kena rejam kalau berani cakap macam ni)

mak : sampai hati mak beranak adik masa saya masih kecik setahun jagung (beza saya dengan adik cuma setahun 2 bulan). saya kecik tahu tak? tahu tak? saya mahu jadi adik untuk jangka masa yang lama sikit. ini tak, baru berapa bulan, menumpang kasih sayang opah sebab mak mengandung, tak boleh kacau. (sebenarnya, saya tak ingat pun ni semua, ayah dengan opah yang cerita pun, haha! macam le tahu sangat.)

kak : eleh kak pun. ingat dia anak sulung, suka suka hati boleh berlagak diva lah. ha? ha? ayah cakap sikit pun dah menangis. sensitif sangat. ingat dia sorang ja ke ada air mata? orang pun adalah!! ha! tengok! tengok!

kuna : kuna ni anak yang ayah dengan mak paling sayang. dari sudut pandangan saya. sebab dia paling dengar cakap. paling rajin. paling sempoi. semua semua lahhh! tapi sayang. banyak sangat boifren sampai ayah pun pening. haihhh.

adik : adik nilah yang tak reti nak lahir lambat sikit! haih! potong betul. dia ni, suka sangat mengacau daun! apa saya nak, mesti dia yang dapat! hari tu, entah macam mana saya TER-tampar dia masa tengah blackout. serius tak sengaja ohh. saya ingat saya pukul nyamuk. nasib baik dia tak menangis masa tu. saya takut dia repot kat ayah, memang kena tang dah saya. huuuu...

nani : paling bertuah kot. sentiasa jadi tumpuan keluarga. untungnya jadi yang bongsu. paling banyak perhatian. paling banyak mainan. paling banyak tempat untuk mengadu masa susah. kalau dia menangis sebab adik buat dia, saya mesti marah adik (walaupun tahu, nani ni pun sama cari pasal).


tapi sekarang tak.

nak kata keluarga ni yang saya paling sayang? tak jugak. tapi saya syukur sebab saya dilahirkan berkeluarga. ada ayah. ada mak. ada kakak. ada adik.

ayah : saya dapat ayah yang saya jadikan rujukan dalam setiap tindakan.

mak : saya dapat mak yang paling seporting yang saya boleh minta. buat seumur hidup.

kak : saya ada kak yang paling supportive dalam setiap keputusan saya buat. kak yang paling banyak buat pengorbanan untuk keluarga. walaupun dengan taruhan masa depan dia.

kuna : saya ada kuna yang sentiasa membuka mata dan minda saya dalam setiap masalah saya.

adik : saya ada adik yang sentiasa di tepi bila saya seru namanya. err..walaupun saya suka menyampah dekat dia.

nani : saya ada nani yang selalu menggembirakan saya dengan setiap tingkah dan katanya.



bila kita sudah lihat apa yang kita patut lihat, kita akan dapat lihat apa yang selama ni kita tak dapat lihat.

3 comments:

Awkward April said...

produce good picture? adakah ia merujuk kpd photographer? haha

chaie safri said...

membebel....
hahaha

...sarah n... said...

fain

haha. mana mana lah.asal selesa.


chaie.

yup.hobi. jangan tiru.