tapi belum jumpa yang sesuai.
tak suka sebenarnya latar yang gelap gelap ni, tapi teha kata amik gelap la baru nampak elegen. kan hitam itu perrilys. gaya.mutu.keunggulan.
tapi saya tak suka gelap. elegen apa kalau dah bunga besar tertempek pada muka tu. kesimpulannya dah jemu dengan latar ni.
proses mencari latar bermula dengan status ym : saya budak malas belajar.
supaya mereka di luar sana tahu saya bukan sedang membuat kerja penting. cuma bermain sahaja setiap masa. * as kalau orang duduk dalam bilik je dia mesti ingat orang belajar untuk dapat 4rata ( 4flat). lepas tu, suruh belanja dia. pelik perangai.
cari lagi cari.
jumpa gambar tengkorak warna merah jambu. mak aiii.... apa kena tengkorak warna macam tu pulak. tengkorak kan patut ikut warna putih susu kan?kan? jadi, sama ada pemilik tu suka minum susu strawberi atau dia mati sebab terlebih dose(overdose) panadol menstrual. *panadol menstrual kaler merah jambu, kepada sesapa yang tak tahu.
cari cari lagi.
jumpa yang warna kuning! hah! memang mahu warna yang terang sikit macam kuning ke, biru ke.tak kesahlah. dari warna gelap kan..?tapi tertulis glamorous princess. ohhh, tidak! nanti orang kata perasan puteri. kalau umur belum mencecah 10tahun boleh la nak guna benda tema puteri puteri ni. dah umur puluh, buat malu ja pakai benda lambang puteri ni.
kena cari lagi.
jumpa lagi satu. err... ada gambar kasut sikit. dah lama mahu tema macam ni jugak. tapi..
sepertinya sesetengah orang akan kata agak seksi dan menambah dosa kering mereka pulak bila baca blog saya. aihhh... tak boleh ni.
terus cari.
jumpa banyak juga yang berkenan di hati. tapi kan, kenapa mesti warna merah jambu sebagai tema warna? banyak yang macam tu. kalau tak pink, hitam. tak hitam, biru tua. takpun putihhh... putih pun macam dah ramai je kawan kawan guna.
susahhhhh nyaaaa....
tunggu lah nanti! bila saya dah pandai buat latar sendiri (yang takkan berlaku dalam masa terdekat sebab kena belajar dulu), saya buat warna warni pelangi! warna terang terang! tanak warna gelap!!
sekarang kita tangguh dulu tukar latar.
4 comments:
rajin plk nk tuka2..hu3
sebabnya memang tak suka latar ni dr awal kot.huhuhu...
amboi2~ ngate aku pulak,hahaha~
dah time ko suh pilih tuh,ade pilihan nih je ek?
besides,aku mmg suke daisy kot,hahaha~
alamak! kantoi! haha..
Post a Comment