pergi.
dengan seluruh nurani dibungkusi amarah pekat.
kerana tali itu.
tali yang tersimpul mati tanpa peleraian.
setiap tingkah menjadi kaku dan plastik keras.
mahu dilebur tapi mustahil.
bila dicuba, usaha seperti terlontar ke tong kitar semula.
jadi mengapa harus kembali berdiri melangkah bila setiap tapak disandung.
kayu, batu dan tanah.
konon menuding arah mahu pandangan salah pada keadaan yang mendesak.
padahal hati sendiri yang dipalit hitam arang.
sudahlah.
jangan cuba memandang enteng pada lumut pada batu itu.
sebab lumut itu yang mengisi perut anak ikan kecil yang baru melihat bumi dan lautan.
tinggalkan semuanya.
tinggalkan debu itu melekat di jerami.
kerana angin bakal menghembus lagi.
matahari akan muncul juga di sebelah timur.
hujan pasti turun bila sarat awan sudah tak tertanggung.
macam sebuah kitaran tanpa henti.
turun dan naik.
permulaan dan pengulangan.
tiada noktah.
Sunday, 19 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
c0mel lay0ut ni
so far, saya suka la. kalau minggu depan dah tak suka, tukar lagi! haha!
owh, btw, sy just publish 1 jela komen eh. akak dah terhantar 3.
"blog ala-ala tyra bank"
haha!comel~
uh,xpndi nk komen puisi~
hehe
aiyooo...
tak payah komen tu.
coret coret masa frust.
huhu.
Post a Comment