RSS

Thursday, 2 April 2009

ini bukan refleksologi




merah + biru -----> perple.

suka betuuuuullll tiga tiga kaler ni.

bila tengok tiga tiga kaler ni ada kat kaki gajah ku, macam lawak pon ada. heheh. macam tahu tahu je kaler feveret tuuuu...

tapi, malangnya, sakitnya kembali menyerang.

*bertahan.bertahan.bertahan*

sesi urut mengurut kaki seliuh kat wak kafe.

wak : nak urut ni sakit. kena tahan lah ya. kalau tak tahan sakit mana mau baik. sakit ni jangan dimanja. *dalam slanga indon*

penulis : baikkkkk!! (muka determined gila, dia bagi warning awai awai dahhh...)

tapi memang seriyes wa cakap lu.. sakit tahap tak hingat.


kata wak, saya punya ankle sudah misplace. susah nak betulkan sebab dah hampir seminggu. bengkak pon sudah besar. boleh betul tapi, sakit banyak banyak la. paling kurang kena urut 3 session. 


aisey mennnnn......


ketap ketap jugak bibir tahan. ecah yang teman pon seksa je nengok nya.huhu..

wak kata, kalau sakit nak nangis, nangis ja. selalu memang ada je orang dia urut nangis.

aiyoo waakkkk..tak kool la menangis kottt....huhu..setakat boleh tahan.kuatkan diri jela.


sementara nak elak sakit tu. wak pon sembang sembang cerita pasal pengalaman diaa urut mengurut. ramai dah dia urut. pengetua Tuan Nasir pon dia urut kott.. 

HEBAT!!


minyak yang jernih tu saya tenung.

penulis: minyak apa tu wak?

wak: ini? ini minyak goreng tulur.

penulis: oooo...hahhhh??? minyak goreng telur wakk....??? minyak masak ke..????

wak : ya iyalah minyak masak.kenapa?

penulis: wah. tak sangka minyak masak pon boleh buat urut urut ke? *save bajet, takyah beli minyak kan? kan?*

wak: iyaa.. kerna minyak ini guna untuk kasi terang nampak urat untuk diurut. minyak lain jugak boleh tapi, minyak ini sudah cukup. bila dibaca doa dan basmallah..etc..etc..

wak: kamu tengok kaki ni, sudah biru, sejuk lagi, sebab nya darah kamu sudah tak sampai ke kaki ni. rasa ni. sejukkan..?

penulis: iyalah wak..betul laaahhhhh....*kagum*

wak: kalau darah sampai kaki, mesti panas kan? darah kan panas. tak sejuk macam ni..

tak sangka lagi, wak ni tere jugak biologi....pasal minyak lagi kasi terang urat lahh...sesungguhnya ini pengetahuan baru bagi saya.....

macam macam jugak lah wak ni bercerita. tapi sikit kurang paham jawanya pekat jugak..heheh..

P/S : esok ada date lagi dengan wak urut. lepas kelas. semoga dapat tahan sakit tu..huhuhu..









6 comments:

Suhaila S. said...

semoga cepat sembuh..
jgn naqal2.. n jgn bg org pijak kaki kamu lagi!!haihhh

iylia said...

heee..cian2..nnt elok la kaki tuu

aisya said...

haha..
mesti la, tgk pun seksa... sbab x bleh buat ape slain drpd tgk je...

sarah,
klo org tu pijak lg, bgtau je.... biar sy ketuk kepala die dgn kasut die tu... hahaha....

Anonymous said...

btahan..btahan...btahan....
obat pon ko jgn lupe mkn che sare oyyyy!!!

armouris said...

info tentang refleksologi kat sini - Refleksologi Kaedah Perubatan Kuno

Hash said...

ASKM.. KAT MANA TEMPAT WAK NI..
~ NAK URUT LUNTUT YG TEKEHEL..