RSS

Sunday, 4 April 2010

sapa ingat lagu ni?

Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera




nostalgia tahap dewa dewi. kamon sarah!!!! study!!!

Tuesday, 16 March 2010

direct

nak buat contoh kenapa sir dekat sekolah selalu marah bila budak-budak hingusan membuat direct tranlation dekat karangan mereka.


contoh.


hey you! go to hell!

bila ditranslate.

hei kau! sila masuk neraka!


nampak tak? tak releven kan bila bahasa inggeris dengan bahasa melayu di-direct-translate-kan.


sila masuk neraka? tu ayat nak marah ke apa?


macam ayat nak jemput masuk je.


macam ni.

hai. silalah masuk. jangan segan segan. nilah rumah buruk saya. masuk lah buat macam rumah sendiri.

jadi begini.

hai. silalah masuk. jangan segan segan. nilah neraka buruk saya. masuk lah buat macam neraka sendiri.

sopan gila kan? macam masuk neraka tu satu kepuasan pulak. pelik semacam.


nak lagi satu contoh?



ce try ayat ni.


I'm sick of you.


contoh situasi kalau awek nak mintak putus dengan balak. dia cakap ni.


pastu ce try translate secara terus.(direct translation)


saya sakit dengan awak?


err...


si balak mungkin akan perasan kepada makna yang berlainan seperti.


"saya sakitlah awak"

atau

"saya buat awak sakit"

atau

"saya sakit awak apa tahu?"


ehh.


silap silap.


mungkin kepada saya menyampah/meluat/takleh blah dah dengan perangai awak tu tak sampai kepada maknanya.

(menyampah kalau tengok kamus ada ke? entah.)

jadi.


malas lah nak buat kesimpulan. pikirlah sendiri.


bagus bai. (goodbye)

Tuesday, 9 March 2010

201

oh itu bukan nombor bilik.


nombor bilik adelah 301.


juga bukan nombor ekor.


ini post ke-201.


gilalah.


sampai jugak angka er bai..

Monday, 8 March 2010

chikukuna

saya yakin saya tak sengal.

sebab kuna lagiiiiiiiiiiiiiiii lah sengalnya sampai bila cakap dengan dia rasa macam lenguh lenguh urat pipi je nak bagi hujah balas balik. tapi, nak letak emmelz yokoyoko dekat pipi macam pelik sangat, tak ke?

ni saya tengah tekanan ni sebab tengah buat coding prolog nih. asik tulis predicate not defined je. rambut dah tercacak cacak dah ni.

cuba lah bagi dalam bahasa melayu sikit.

ce try.

predikat tak tertakrif.

error tukar jadi kesilapan. errr...

kan ke senang paham. ye tak? haaa...


harap harap satu hari nanti, ada orang yang boleh translate prolog, devc, semua semua tu dalam bahasa melayu. power tuuuuuuuuu.....



baru lah bahasa melayu diiktiraf sebagai linguafranca lagi kan? kan? (ni apesal nak patriotik tak kena tempat ni haa sarah nur?)

ehh berbalik lah kepada cerita si sengal kuna tu. kita kan ke tadi nak mengumpat kakak saya kan. ehh buat buat nyanyuk kenapa?

saya kan ke tak kacau chikukuna ni dekat ym sebab saya takutlah kot-kot dia kelas ke ape kan? (kalau masa kelas bukak ym memang sah kitorang satu family, genetic trait kot)


status ym saya : sapa paham coding prolog artificial intelligent? sila tolong.

kuna respon : tu cerita mengarut dari amerika. hahaha.

ehh ehhh..bunuh karang, mak menangis pulak. dah la kuna ni kesayangan mak ayah.

kuna ym lagi : oit sonoi.

saya respon : apekebende?

kuna lagi : hang sonoi ke? hahahaha.

taik kucing. dah sah-sah la window ym tu tulis ke saya.

demi nak balas perbuatan kuna, saya tukar status ym baru.

chikukuna, poyo gilalah display picture tu..haktuih!!



tapi tak rasa puas hati la. nak buat apa lagi?

Friday, 12 February 2010

kenapa ju-on? entah.

dekat ktho ada lah kelab teater kolej kan yang diberi nama PRASADA kan.

lepas tu, saya ni join la kan.

*tapi tak macam ahli pun*

pastu ada lah sorang mamat JKEES ni nama syapik sidek kan.

pastu dia dulu belakon jadi pokok pun punyalah susah nak mintak belakon.

lagi susah dari nak mintak michael jackson tanggal topeng anak dia dulu lah kiranya.

paham tak kepayahan dan kesusahan dia?

susah macam.....susah la. susah gila nak mati..paham tak? tak jugak? oke sila terai mati dulu.


lepas tu, tetibe lepas satu teater-yang-entah-macam-mana-dia-boleh-pulak-belakon-jadi-hantu-galah-siap-ada-part-nyanyi2-teater-muzikal, boleh pulak dia perform..


lepas tu siap gian nak belakon lagi.


pegi offer diri pulak belakon untuk ape tah (tak sempat lagi korek cerita).

sampai dapat pujian. ni kira macam bakat terpendam yang berjaya dicungkil dan digilap oleh PRASADA la ni kan.


pastu, ade la akak tu, dia macam ucap terima kasih la dekat syapik-sidek-mamat-jkess ni..

pastu syapik-sidek-mamat-jkees ni pun kata, xde hallah!!! *sejak bila dia tak kesah nak belakon ni? macam pelik je. tah2 dah kena rasuk dek hantu galah yang ada bakat terpendam? sapa tahu kan?*

pastu, akak ni kata nanti lepas edit bagai, dia kasi tengok. saya kan berpegang kepada perinsip tak tahu malu + nak malu buat apa bukan mak mertua saya kan??, saya pi mintak la nak tengok jugak. saya mintak dengan excited nya macam ni.

bayangkan ya? macam ni....

NAKKK!!! nak tengok jugak!! nak2..huhu...nak tengok...*merangkak macam, ju-on*


biasalah, saya kan macam bila cakap tu penuh perasaan kan. *tapi masih tak berbakat berlakon*


lepas tu, ade ke akak tu reply macam ni...

bole2...xyah merangkak cam juon pon memang den bg tgok punye..xyah wat rayuan pown xpe...(menakotkan gadis nie)


ayat last tu.! ayat last tu!!!! gila sentap. hushhh!! tetiba rasa nak tengok cerita ju-on. tapi...err...


p/s: ingat nak letak gambar, tapi tak jadi. paham paham lah..

pengorbanan (macam tajuk teater tak?)

nak tahu tak. student u ni extreme. (kalau sape student tu mesti tengah angguk angguk)

student ni, sanggup je buat ape saje.

dia sanggup pegi mapley kul 4 pagi sebab lapar (atikah saya TERbocorkan perkara bukan rahsia ni. sape suruh cerita kuat kuat? hahahha)



student pun sanggup bagi 'diskaun' harga member dekat kosmet. (haze mintak maap. takleh lupa laaa..hahahaha) ------> tekan link untuk maklumat lanjut.



ataupun, dia jugak sanggup. buat apa saja untuk dapatkan A bagi paper yang agak agak tak boleh dapat A atau sipi-sipi nak A. (sipi tu mana datang ye asal usul dia? macam pelik je bunyi. sipi? sisi pipi?)



asrinna ow : eleh. sudahlah. jangan nak normal distribution sangat ehh. hahahaha

sarah nur : ek eleh. dah minat biometri ke? hahahahahahahaha

asrinna ow : mestiiiiiiiiiiiiiiii. jawapan tu leh bantu dapat A x?? hehe.

sarah nur : haha. kau printscreen ym ni. pastu tunjuk kat lectr. boleh kot dapat A. hahaha.

asrinna ow : uihhh!! bahaya! ym atas2 tadi bahaya woooo...



bahaya la bila pukul 5 tak tidur lagi. berjaga sebab 'post-post mortem'.

** post-post mortem : ***'post mortem' selepas post mortem

***'post mortem' == mengumpat-jenis-minta-maaf-time-raya

Saturday, 30 January 2010

semua orang terlalu sibuk untuk mengingati hari jadi yang serentak dengan thaipusam ni.

terpaksa makan megi sorang sorang dalam bilik sahaja.

nasib baik ada mi megi perisa asam laksa ni.

p/s: aint complaining. sebab tarikh lahir saya 32 januari. sekian terima kasih.