RSS

Thursday, 16 July 2009

tukar.tukar.belum.





mahu tukar tukar latar blog lagi.


tapi belum jumpa yang sesuai.


tak suka sebenarnya latar yang gelap gelap ni, tapi teha kata amik gelap la baru nampak elegen. kan hitam itu perrilys. gaya.mutu.keunggulan.


tapi saya tak suka gelap. elegen apa kalau dah bunga besar tertempek pada muka tu. kesimpulannya dah jemu dengan latar ni.


proses mencari latar bermula dengan status ym : saya budak malas belajar.


supaya mereka di luar sana tahu saya bukan sedang membuat kerja penting. cuma bermain sahaja setiap masa. * as kalau orang duduk dalam bilik je dia mesti ingat orang belajar untuk dapat 4rata ( 4flat). lepas tu, suruh belanja dia. pelik perangai.



cari lagi cari.



jumpa gambar tengkorak warna merah jambu. mak aiii.... apa kena tengkorak warna macam tu pulak. tengkorak kan patut ikut warna putih susu kan?kan? jadi, sama ada pemilik tu suka minum susu strawberi atau dia mati sebab terlebih dose(overdose) panadol menstrual. *panadol menstrual kaler merah jambu, kepada sesapa yang tak tahu.



cari cari lagi.



jumpa yang warna kuning! hah! memang mahu warna yang terang sikit macam kuning ke, biru ke.tak kesahlah. dari warna gelap kan..?tapi tertulis glamorous princess. ohhh, tidak! nanti orang kata perasan puteri. kalau umur belum mencecah 10tahun boleh la nak guna benda tema puteri puteri ni. dah umur puluh, buat malu ja pakai benda lambang puteri ni.



kena cari lagi.




jumpa lagi satu. err... ada gambar kasut sikit. dah lama mahu tema macam ni jugak. tapi..
sepertinya sesetengah orang akan kata agak seksi dan menambah dosa kering mereka pulak bila baca blog saya. aihhh... tak boleh ni.




terus cari.




jumpa banyak juga yang berkenan di hati. tapi kan, kenapa mesti warna merah jambu sebagai tema warna? banyak yang macam tu. kalau tak pink, hitam. tak hitam, biru tua. takpun putihhh... putih pun macam dah ramai je kawan kawan guna.



susahhhhh nyaaaa....




tunggu lah nanti! bila saya dah pandai buat latar sendiri (yang takkan berlaku dalam masa terdekat sebab kena belajar dulu), saya buat warna warni pelangi! warna terang terang! tanak warna gelap!!



sekarang kita tangguh dulu tukar latar.



Wednesday, 15 July 2009

untuk rose.

Syarat-syarat :
1. 'Tag' dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Tag orang yang telah men'tag' anda
3. Tag orang yg anda mahu tag.

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
::mmmm...apa ya. mungkin tengah kutip kutip baju dari laundry box. ke tengah sidai baju yang sama, atau mungkin juga sedang lipat baju. eh, tunggu! mungkin tengah tengok cerita seratus harijadi sambil memakan keropok dan kemas katil. ya! saya melakukan penugasan-berbilang (multi-tasking)

2. 2 jam yang lalu?
::makan di kafe kolej sambil menerangkan kenapa saya tak berapa meminati af kepada haze dengan ecah. dan juga makan nasi ayam. kata penugas-berbilang!

2. Anda suka
::cakap. tapi cuma pada orang yang rapat saja kot. saya boleh cakap 3jam tanpa henti! (PPU boleh ambil saya jadi pensyarah TITAS, okey..??)

3. Minggu lepas
::menghabiskan 4 hari dalam 7 hari dengan menaiki ktm dan lrt! buat apa? saja tinjau(survey) pengguna kenderaan awam.( munkin juga saya patut tukar kursus kepada kursus sains kemanusiaan)

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
::brainstewz - one last kiss
::ST12 - cinta tak direstui
::wing - taman rashidah utama


5. 3 binatang yang anda tak suka
::nyamuk.hari hari mesti pasang ubat nyamuk!
::pacat. asal masuk hutan mata mesti meliar ke tanah. sebab ada kenangan sama pacat.
:: ulat gonggok yang boleh bergulung. saya pantang nampak ulat ni, mesti mahu 'gulung'kan dia. yeyyyy!!!

6. 5 fakta tentang anda
::seorang yang bosan. betul!
::panas baran. kalau tengok muka lurus (straight) jangan tegur.percayalah.
::pemalas. fakta ni tak dapat disangkal sangkal lagi.
::sedang menunggu. tunggu apa?
::tengah buat tag cik rose. ( perlu bagitahu tak..?)


7. Tahun depan mungkin.
::pening kepala mahu pikir nak ambil apa sabjek untuk PB.

8. Saya tak reti
::meluahkan perasaan. tak kesahlah marah ke, sedih ke, sayu ke, menyesal ke. tapi, kalau gembira, senang pulak nak luahkan. kenapa begitu.

9. Saya pandai
::mengemas. tapi bila perlu jelah. sebab dah semula jadi pemalas. kepandaian cuma bila perlu sahaja.

10. Kawan saya
::saling menyempurnakan.

11. Saya ada
::rahsia. tapi tak bolehlah bagitahu kot. rahsia kan.

12. Saya seorang
:: yang pandai mengelak. tettt..! tanak komen. haha!

13. Adik saya
::kenapa dengan mereka. normal je.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
::bioinformatik. (oke, ini tipu.)
::heri poter?
::televisyen. tinggalkan saya di rumah dengan televisyen dan peti ais penuh bekalan makanan, saya boleh hidup.
::mendengar lagu instrumental piano.( oke ini rahsia yang cuma seorang je tahu.)

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
::entahlah. haa..ada satu. bila saya cakap duit saya bertambah dalam pos sebelum ni.betul ohhh... tak percaya sudah..

17. Saya rindu
::nak dengar orang panggil saya sarah yess lagi. haha! semuanya gara gara cikgu manab dalam kelas matematik tambahan masa tingkatan 4.

18. Saya tak sabar
::nak tengok cerita valentine berdarah saya.( aduh buruk pulak bila terjemah bahasa ni. MY BLOODY VALENTINE). kuna cakap boleh tahan jugak cerita ni.

19. 5 laman yang anda slalu layari:
::8TV
::4shared
::blog zahiril adzim. dia tulis menarik jugak.
::blog kawan kawan juga.
::kosmo online dengan galaxie online.

20. siapa yang anda mahu tag?
::ramai yang tak rajin buat tag ni. takpelah. tak payah tag sapa sapa boleh..?

Tuesday, 14 July 2009

past+present+future




they say, life sucks.



i say, if u arent able to live life ur own way, then, life is suckingly suck.




whoa.





why the harsh word,sarah?





sorry to those who got terriblely shock.






well. u see. life is cruel.and cruelty makes people understand better.





it's just, the way i wanted to describe my perception of life. without bias.





berjaya ke?





u decide.





surely, life can be as sweet as honey, life can be the pain in the ass, life can be anything u wanted it to be.



so, technically, u have the right to pick. pick wisely. and i picked mine already.





to be frank, it's not as sweet as i thought it would be
.





maybe that's wat it does to me. to us.




life surprises us in soooooo many way. and it
will keep on doing that.


and maybe. its our job to figure things out.






p/s: and here i wonder why i hated surprises so much.



SIRI CUTI GARNIER



Hari hari pukul 530 petang mesti main dengan nani.
Sama ada kat belakang kawasan rumah atau depan.


Tapi.


Kena tunggu lepas abeh cerita zati dan mawas la.
Kipas susah mati LJ ohh…


Heh.




Premis 1:Hari hari main.
Premis 2: Hari hari panas.
Kesimpulan : Hari hari main panas.





Lama lama mesti dua tona lebih gelap.



Ukurlah sendiri.
Bukan dua tona lebih cerah macam iklan garnier tu.




Kalau macam ni gayanya.




Fasha sandha pon gelap ohhh…





Orang kata, bukan salah ibu mengandung.



Bukan jugak salah garnier.
Boleh tukar lain.






Olay? Safi? Fair and lovely?



Kerana diriku begitu berharga.---> ini loreal paris.




Mungkin ia Maybelline.




Monday, 13 July 2009

mat dan minah.




kalau orang putih dulu dulu dipanggil MAT salleh.

logik kalau panggil lelaki yang berasal dari eropah.
(tertakluk kepada yang berkulit putih ori sahaja. bukan macam MJ)

abeh, kalau perempuan..???

tak penah dengar sapa sapa sebut.

patut jadi MINAH salleh kott...???

teorinya..

MAT rempit-------> lelaki yg merempit.

MINAH rempit-----> perempuan yg merempit.


boleh masuk buku tatabahasa dewan ke ni?




Sunday, 12 July 2009

talipon tangan.

7 sebab mahu membagi talipon tangan sama adik saja.



1) saya TAK SUKA SAMA SEKALI bercakap dengan talipon tangan. kalau masa dulu, saya memang takkan angkat lah kalau orang memanggil saya. kalau macam hal penting, saya bagi adik saya yang menjawab. pelik tak pelik semuanya kerana saya tak suka letak talipon pada telinga.



2) saya marah sama telco telco talipon tangan di malaysia. selalu membuat promosi yang murah lepas tu, banyak kali tipu saya. apa, saya ada pakai tatu NAIVE ke dekat dahi..?? tak, kan..??kan..???




3) saya malas mahu mencari dan menambah nilai pada talipon tangan. kalau tak buat sedemikian, mesti tak dapat memesej kalau hal penting ke hapa. mesti mak marah, " dah pakai talipon, lepas tu tak boleh guna bila sesak, baik campak ja masuk longkang depan rumah tu". bila mak dah mengeluarkan hujah dia, saya tak boleh balas balik sebab nanti mak bertazkirah lagi panjang dalam dua jam. ya, mak saya suka bagi ceramah secara percuma.





4) sekarang saya dah malas tekan tekan talipon tangan hantar mesej. sekarang saya memanggil sahaja orang orang kalau penting. dan kena selalu tambah nilai lah maknanya. dan duit ptptn jugak cepat lah habisnya. dan bila terpaksa minta sama mak duit makan, aiyooooo....malunya saya!!!!




5)


6)


7)




p/s: lagi tiga saya belum pikir. kalau dapat nanti saya sambung tulis. sapa sapa nak isi tempat kosong tu pon boleh.




Friday, 10 July 2009

stesen UKM.

main main website UKM.

tengok tengok.

Hutang pelajar : RM 1,225.00.

apesal tak up lagi.

kecik kecik dah kena paksa berutang.