RSS

Thursday, 19 February 2009

anjing jalanan jutawan menyalaknyalak

semalam pegi bilik as+teha tanya mereka buat apa.mereka cakap mereka tengok cerita.saya tanya, muvi kah..?? saya kata mahu!mahu!mahu tengok jugalah!! dorang cakap tengoklah!! theehehe..greenlight!!!!





apa itu slumdog millionaire? slumdog tu macam orang-orang yang hidup di jalanan.survive dengan usaha sendiri.macam kena amalkan prinsip nabil 'lu pikir ar sendiri'.millionaire sebab dia masuk rancangan who wants to be a millionaire...hahaha!! percaya ke..??

dengar macam saja buat lawak je kan..?? tapi ini seriyes!! macam mingming, the seriyes duckling in wonderpets.

cerita bermula bila jamal malik kena soal siasat bila dia berjaya dapat jawab soalan bernilai 10mil rupees ------>rm500 000

anil kapoor sebagai pengacara yang kurang baik hati suruh polis tangkap tanya jamal malik tipukah? anda rasa..?

jamal malik dan salim malik, dua beradik yang sangat miskin.tinggal dengan mak bapak dekat kawasan macam setinggan gitu.lepas rusuhan orang muslim kena serang, mak ayah mati.dia orang kena bergantung nasib dengan menjaga sesama sendiri.

lepas tu mula lah episod kisah mereka.mula-mula dia orang sangat suka.dapat rumah dan makanan, tapi, bila manusia jahat mahu mengorek mata jamal malik dengan sudu, salim malik sangat sedihlah.dia cakap dekat jamal malik, ingat tak artho dengan portho? perhatian tu adalah nama 2orang daripada 3 musketeers.

mereka berjaya lari dengan bersusah payah.mereka jadi pelayan,pemandu pelancong yang pandai kelentong! haha...(sampai sekarang saya pelik macam mana dia orang tiba-tiba bercakap orang putih dengan sangat lancar,sungguh kagum!!) macam-macam la dia orang buat.typical hidup budak jalanan.

dengan berpandukan kehidupan sendiri sebagai rujukan, jamal malik menjawab semua soklan-soklan dalam who wants to be a millionaire tu.seriyes..!!! 

anda tahu tak, gambar sapakah dekat duit 100 dolar amerika? tak kan..?? benjamin franklin, jamal malik tahu kawan pengemis dia bagitahu.anda tahu tak dekat patung dewa rama yang banyak dekat india tu pegang apa? panah dan busur.jamal malik pernah tengok.

macam mana saorang budak jalanan, boleh menjawab semua soklan untuk orang bertaraf IQ tinggi? jamal malik mana sekolah.sekolah pon dia ponteng.

tapi, jamal malik dapat jawab soklan. bila polis tanya, dia cakap dia bukan genius. malah, dengan sinis jamal malik cakap, tak perlu jadi genius untuk jawab soklan tu suma.dia cuba penghantar teh tarik je. boleh je jawab.malahan, anil kapoor tu pon asik-asik perli dia ja.haih! haih!

tapi, jamal malik adalah jamal malik.dan dia tak malu mengaku dia cuma penghantar teh je.sebab beliau cuma budak jalanan.and slumdog BARKS louder than any other dog...

dapat ke jamal malik jawab soalan last tu? nak tahu banyak2 tengok lah sendiri...is this a gud muvi..??? naah...not gud lah..

its SUPERB!!!! two thumbs up!!!! a big round of applause to the crew....

  • Best Film - Christian Colson 
  • Best Director - Danny Boyle 
  • Best Adapted Screenplay - Simon Beaufoy 
  • Best Music - A. R. Rahman 
  • Best Cinematography - Anthony Dod Mantle 
  • Best Editing - Chris Dickens 
  • Best Sound - Glenn Freemantle, Resul Pookutty, Richard Pryke, Tom Sayers, Ian Tapp
  • also nominated in OSCAR

Tuesday, 17 February 2009

surat untuk ayah

* perhatian, surat ini cuma sesuai dibaca oleh golongan ayah-ayah, daddy-daddy, abah-abah dan yang seangkatan dengannya sahaja..yang tak berkenaan, mungkin tiada kaitan dengan surat ini sama sekali..sekian, terima kasih..

ayah,

orang (walaupun ayah tak suka orang cakap orang untuk bahasakan diri, tapi, orang tak suka lah guna nama yang ayah selalu panggil tu.macam nama katun...) rasa inilah pertama kali kan, seumo hidup orang rasa, orang mesti cakap sorry..

walaupon sebelum ni ayah suka suruh orang mintak mahap kalau buat salah, selalunya, orang akan sengih menyerengai je..lepas tu ayah akan usap kepala tanda ayah paham...selama 20 tahun, susah nya nak ucapkan perkataan tu dekat ayah sendiri..tapi, kalau orang tak kenal, walaupun cuma terlanggar bahu, mesti cakap sorry dua tiga kali.bertuah punya anak! ayah selalu cakap macam tu..tu kan kira doa jugak kan..??


pasal mintak-mintak mahap ni, lupa nak bagitahu sebab apa..

sebab, dulu, kalau ayah nak nasihat apa-apa, lepas tu mesti ayah akan suruh orang janji sesuatu..selalu!!!

tapi, orang dah lupa dan mungkir banyak sangat janji-janji tu..

orang ingat, masa ayah anta pegi pontian masa tingkatan satu, naik bas je dari teping...

lepas letak barang kat bilik, ayah bagi kadfon, ayah pesan, ada hal penting je tepon.jangan tepon saja-saja..mula-mula orang ingat ayah tanak orang tepon sebab malas mahu dengar pasal anak yang degil ni.tapi, kawan-kawan kata, ayah cakap macam tu, sebab nak tepon dari johor ke perak sangat mahal..orang baru la tahu...memang lah kan..???

lepas tu ayah suruh janji, jangan menangis.masa tu orang pelik..kenapa cakap macam tu..?? suruh janji yang pelik-pelik...masa tu orang taktahu lagi kenapa perlu nangis...???

sebab, masa ayah kata ayah nak balik tu, orang rasa janji tu tak dapat disimpan..tapi, orang gigit bibir..tahan! sungguh-sungguh tahan...sebab janji dengan ayah..

sebelum tu, lupa nak cakap. masa dapat surat pegi pontian tu, ayah tanak bagi pegi kan..?? ingat tak? ayah cakap jauh sangat.nanti susah..tapi, orang cakap, orang tanak masuk satu sekolah dengan kak dengan kuna.kawan orang cakap sekolah tu ramai budak jahat.orang jadi takut lah.tapi, dia pulak yang masuk sekolah tu..pelik betul..

3 hari...3 hari ayah senyap tak bagitahu mahu hantar orang pegi johor ke tak.orang risau..takut ayah taknak bagi pegi.tapi.orang pun diam jugak. taknak ayah rasa terbeban dengan permintaan ni.

sehari sebelum hantar tu, kalau tak salahlah...ayah bawak orang naik moto round-round kampung.ayah nasihat orang macam-macam..tapi orang dah tak ingat sangat..banyak betul.ayah cakap, ayah dulu pon dapat tawaran mrsm, tapi, ayah tak pegi.sebab ayah anak tunggal, opah pulak isteri yang dimadukan.jadi, ayah kena jaga opah,sebab ayah tahu macam mana opah nanti kalau ayah pegi masuk asrama.

mula-mula orang tak paham.biasa la budak-budak kan.tapi, lama-lama orang dah paham sendiri.sebab ayah dah tahu tanggungjawab ayah masa umor ayah 10tahun.lagi awal dari tu.bila ayah pegi sekolah dengan perut kosong,tapi tetap tak mintak duit belanja ayah yang cuma 20sen je,ayah tak mahu opah pening mahu cari duit bagi ayah hari-hari.

masa naik moto tu, ayah cakap, ayah hantar orang jauh-jauh sebab ayah tahu, ni yang orang nak.ni masa depan orang.walaupun ayah risau sangat2, ayah tetap kena lepaskan orang.tapi, ayah cakap lagi, ayah lepaskan orang dengan syarat.orang kena janji.orang mesti belajar jangan main-main.jangan nak kawan-kawan beria-ria.jangan nak berpakwe-pakwe (pasal ni memang ayah straight to the point). ayah anta sekolah, so, pegi sekolah betul-betul.orang angguk tanda janji.

sebab tu, bila orang dpt benda-benda yang mengusik jiwa remaja ni, orang cepat-cepat lah letak tepi, ingat dekat ayah.penah kawan kena tanya, orang ni lesbian ke? sumpah masa tu, orang gelak tak ingat dunia..takpelah, orang tak kisah sangat sebab, dia orang mana tahu, sebab dia orang punya ayah takde suruh buat janji kan..??

pernah banyak kali jugak, ayah suruh orang janji, jangan menangis. selalu sangat.sebab ayah paling tak suka tengok orang menangis kan..? sejak kecik, kalau orang menangis, mesti sedu sedan sampai macam orang sakit asma.berjam-jam pulak tu.ayah selalu risau kan..bila tak mahu berenti nangis jugak, ayah mesti marah.sebab dengan marah je, orang akan berenti nangis.sampai umur belasan tahun pun, masih macam tu, selagi tak kena marah, sedu-sedan tu takkan tamat.

sampai hari-hari terakhir tu, ayah stil pesan kat orang,jangan nangis, kuatkan semangat kalau apa-apa berlaku.orang cuma iyakan je.tanak bertekak lama-lama.ayah cakap macam tu sebab ayah tahu, ada perubahan besar akan berlaku dekat hidup orang, kan ayah..???

tapi ayah, janji ni lah yang paling kerap orang langgar.bukan sebab orang ni ratu air mata.tapi sebab orang cuba pendamkan semuanya sendiri.tapi bila dah tak terbendung, segalanya sudah terlambat..

dulu masa kat matrik, orang jugak pernah la alami moral down gila.orang lari dari bilik, keluar jauh-jauh, menangis dekat pokok.sebab belakang pokok orang tak nampak.dalam bilik mesti orang dengar kan..? malu la dah besar-besar pon menangis teresak-esak.tak seswai dengan imej orang nih..haish!!!

lepas tu, orang tidur dengan air mata, orang cakap, ayah, orang mintak mahap sangat-sangat..orang tak boleh buat dah.orang tak mampu, dah putus asa dah.tapi, malam tu, ayah datang dalam mimpi, ayah cakap, ayah maapkan semua salah anak-anak ayah terutamanya orang.sebab ayah kata, ayah tahu anak ayah tak sengaja.tapi, orang rasa, ayah mana tahu kan? ayah saja je nak sedapkan hati orang masa tu kan..? tapi, hati orang dah terpujuk dah masa tu.

kawan-kawan orang semua tahu, orang nak sangat jadi dokter.tapi, mana pernah mereka suma tanya kenapa.dorang tak tahu, sebab orang dengan ayah berkongsi satu impian yang sama.dua-dua mahu jadi dokter.tapi, cita-cita ayah tak kesampaian sebab ayah mabuk darah.so, bila orang cakap mahu jadik dokter masa baru masuk tadika, ayah seronok macam dapat banglo sebijik.

masa tu, orang mana tahu dokter tu buat apa pon.cakap je sebab macam sedap.huhu..lepas tu, ayah selalu tanya kan cita-cita orang.setiap kali orang cakap dokter, ayah sangat gembira.


tapi ayah, orang tak pandai.jangankan dokter, nak jadi nurse pon orang rasa belum tentu dapat.nak kena menghapal lah, berani la..macam-macam lagi syarat. malangnya, orang tak mampu ayah! tak mampu..

sekarang pun, orang cuba jugak sedaya upaya meneruskan pengajian dalam bidang sains ni.tapi minat dah jauh lari..selalu moral down..semangat hilang..kesabaran terbatas ayah,..sampai bila orang kena bertahan nih??sampai bila...??

ayah.....tolonglah marah orang..hentikan tangisan hati yang tidak mahu mendengar empunya badan ni ayah..minda yang waras juga dah tewas dek jiwa merana yang keperitan....pedih!! sungguh!!

kalaulah ayah dengar, ayah tolonglah anak ayah ni, ayah...orang dah penat, letih..

Sunday, 15 February 2009

rubik ohh rubik...

pada tanggal 15 februari tepat jam 5.30 pagi...

selepas mencuba menuntut ilmu daripada as, teha dan youtube...

bersama mata dan tangan yang keletihan...

selepas beberapa kali mengulang usaha demi melihat hasil yang pasti...

mungkin tidak melampau kalau saya katakan bahawasanya...

saya terasa seperti.........

baru mendapat anugerah dekan dan pointer 4flat selama 6 semester berturut-turut...

alangkah indahnya rasa bahagia itu...

SUNGGUH...!!!!

perasaan terawang-awang...

terbuai-buai dan melayang-layang seperti terbang di awan nan biru....

pabila melihat hasil tangan ku...

rubik kiub ku SUDAH BERJAYA..

walaupun baru pertama kali...

pertama kali adalah penting ya tuan-tuan dan puan-puan, seperti pertama kali jatuh basikal, pertama kali sebut mak ayah, mahupun cinta pandang pertama..

perasaan nya...

PERGHHHH....!!!!!

terima kasih sahabat handai yang terus menyokong perjuangan saya ketika saya sudah berputus asa satu ketika dulu....




merenung kiub ini dengan penuh keazaman...yaah!!!


usaha-usaha yang tak kenal putus asa...


akhirnya

MySpace


deep inside : if only i can channel all the energy i've put in my effort of doing dis rubic thing into studying...*sigh*sigh*

Saturday, 14 February 2009

melayu

soklan cepucemas pensyarah khidmat masyarakat pada hari ini :

kamu tahu tak macam mana orang melayu dapat nama MELAYU....????


MySpace


kalau orang cina tak tahu, boleh lah saya maapkan, ni takkan sorang pon melayu kat sini tak tahu..??? melayu....????

.........err........


takpelah...ni, perkataan melayu, bukan lah dari layu atau apa-apa yang berbunyi macam tu, tapi orang melayu diberi nama melayu sebab realiti melayu yang sangat merendah diri dan menghormati orang lain dan tidak mahu menunjuk akan kebolehan sendiri...


.......oooooo.......


kesimpulannya : Dr. Anuar (2009:7) melayu = merendah diri..

jadi, kawan-kawan merendah diri (melayu) sekalian,
marilah kita melayu (merendah diri)..!!!




Thursday, 12 February 2009

duit! duit! di mana kau duit..

tadi kan...

saya sudah kehabisan wang!! err...bukan lah sampai satu sen pon tadak, ada la dalam 20rm.

tapi, itu untuk makan kan..??

jadi, saya pon pikir.
.MySpaceEmoticonsMySpace


setelah mengumpul semua kekuatan..saya berkeputusan


"kak, gitau mak...err....masuk duet kat aku..aku dah sengkek+pokai dh ni..tulun2..."



sambil menunggu mesej dibalas...anda tak tahu betapa berdebarnya...takut kena marah!!! lagi dah la mintak duet maen mesej je..sungguh tidak sopan..!! tapi nak wat lagu mana, kedit pun sudah mencecah 8sen..seriyes!!!MySpaceMySpaceMySpace



...1 mesej diterima..


"woi! mak dah masuk duet kat hang dari minggu lepas lagi...hape daa...tak check2 lagi ke...???"
MySpace
MySpaceMySpaceMySpace



*
kesimpulannya teori saya tentang naluri ibu saya pasal duet juga adalah tepat!! belum mintak sudah dapat! sungguh kagum...!!!

Wednesday, 11 February 2009

rezeki murah

semalam saya me'ym' dengan saorang senoir kos saya pasal dinner yang bakal kitorang adakan.

lepas tu, saya cakap, saya dengan kawan sedang pokai seperti tahap papa kedana.

lepas tu...owh!!! saya tak dapat nak cerita..

anda baca sendiri...


nurul nadzirin: eh sarah, kalo takde duit nak sara hidup haha, meh je kat akak, pinjam,
nurul nadzirin: akak under jpa
nurul nadzirin: jangan segan2 eh nak mintak?
nurul nadzirin: siannye nape pokai korang nih haha
nurul nadzirin: mm sarah, cakap kawan2 sarah, kalo takde duit sangat pinjam ah kat akak
nurul nadzirin: ok?
nurul nadzirin: cakap jangan malu2,ok?

MySpaceMySpace MySpace

tapi, tipu la kalau cakap saya tak malu mahu pinjam...

mahu mintak duet sama mak sendiri pun pikir 8 kali, tahu tak..??? malu dan takot sungguh...MySpace

ni lagi la orang laen...MySpace

Tuesday, 10 February 2009

boleh kah..??





wat a hectic day..

kelas kan

dari kol

2-5 : lab mikrob

5-7 : speech com

8-10 : biocell

10 : supposed to hv meeting tapi.....

decided that we WILL go to the biobell kls eventho keinginan pomteng membuak-buak ibarat letusan glasier


tapi tak baek lah pulak..kata azam tak mahu ponteng kelas sem ni..huhu


tapi kan, pegi lambat sikit kot...penat lah ai mahu berlari-lari mengejar kelas macam kanak-kanak tak cukup zat..huhu..

tapi


masa pukul 7.20mlm td


fon bunyi tahu..


number 013-336xxxx



haih! haih! haih!


number tak kenal..malas nye nak angkat..


tapi jawab jugak..


"helo..angah..ni...bla..bla...bla..."

saya tak dengar ape dia cakap


"haa...ape??????????" intonasi sedikit kasar sebab orang penat kannn...


"ini number kedai makan ke..???"

tiba-tiba perut saya berbunyi riang memintak nasik...


"haih!! apehal pulak ni kedai makan..??? tak le..."


"aik??...ooooo...oke2...."