RSS

Thursday 22 October 2009

terbakar.

saya malas nak tulis pasal benda ni. tapi dia asik je terngiang ngiang dekat minda saya..jadi.terpaksa tulis, karang kalau tak, saya nak berangan kawin dekat taman bunga pun terganggu. hish! potong betul.


haritu jumaat sabtu ahad saya pegi le program anak angkat set khidmat masyarakat saya. dekat felda tettt!! haa....takut glemer sangat. eh! ehhh!! tapi agak la. glemer sikit sebab gambar saya dan keluarga angkat ada masuk paper ohhh!!! HA!HA!HA! ayah angkat saya siap call berapa kali suruh beli.heh!


dia dah mula dah. cerita bersimpang siur macam karak highway. hah! penah lalu tak? pening ohh lalu highway. masa dulu saya duduk dekat benta 2tahun, macam selalulah balik ipoh lalu situ. dalam kereta ayah mesti pasaang kaset. kalau tak jamal abdillah, spring. tak pun may. dan yang sewaktu dengannya. sebab tu lah saya agak suka jugak rock kapak.


oke. dah terlampau simpang empat.


ni. pasal ni. keluarga angkat.


hari pertama tulah. balik je rumah, adik beradik angkat saya terus masuk bilik tak keluar. saya macam...haihhh...takkan la nak biar mak baru saya ni memasak sorang sorang macam orang gaji. sebagai seorang gadis melayu (hah? gadis melayu???) yang mempunyai nilai nilai ketimuran yang tinggi, saya macam rasa sedikit resah lah kalau tak ke dapur. kan? kan? paham tak dilema wanita sekarang? paham kan? baguih dok ada.


saya pun offer la.


nak saya tolong ke mak? saya tengah rajin gila ni macam bibik bibik ni. (potong ayat kedua)


kamu pandai masak ke?


mestilah pandai! makcik nak ape? laksa? kari? tomyam? goreng goreng? sume boleh!!! BETUL!!! errr...tapi, perasa maggi atau cintan sajelah. ruzki mahal.

mula mula saya nak bagi jawapan stendet saya seperti yang saya cakap dekat semua kawan kawan tu. tapi. bila pikir balik. saya cancel.


err...tak pandai.heh. takat tolong tumis tumis boleh la. (jujur pulak kenape?)


bile dah masuk bawang tu, saya pulak tengok mak baru ni selambe ke depan anak dia pastu cari barang kot. saya yang terkebil kebil ni tengok api dapur ni besar sangat. macam nak hangus dah ni. adehhhh...dilema wanita lagi. nak buat ape ni?


suis!suis! setiap perkakas ada suis!! cari suis!!!! (pemikiran logik pertama)


aiyak. suis ni. tempat putar putar api ni, macam...tak reti GUNAAA!!!! lain dari rumah punya!!! waaaa....!!


AYAH! ni dah hangus!!!!

-------------malam tu makan sayur kaler x berapa nak hijau-------------



yang best nya. esok pagi. saya dan kawan kawan ditugaskan bakar lemang.


emi : sarah. aku nasihatkan kau jangan dekat la tempat bakar lemang ni.semalam kau hanguskan sayur. kalau lemang 200 ni hangus, nak bagi makan ape kat tetamu??


sarah : ya.rasa macam tu jugak. *pasrah*


ape jadi lepas tu? huh. biasalah! menjauhi lemang sampai dah siap untuk hidang.

5 comments:

Anonymous said...

btol la...dilema wanita skang(awal2 doploh ni)..bab masak2....tp...kalo masak2 smpai hangus2 ni aku cm dh bese plak...slalu diiringi ayat ni oleh mak or kakak aku..."kecik kn la api tu..haih...nk idop sgt!"...sbb aku xreti nk adjust...hahahah!!

Frodo Baggins said...

huhuhuhuhu ~ terbakar lemang takper .. jgn terbakar area tu daaaah lerr

muahahhahha larixxxxxxxxxx

r.k said...

ish doplohan suda oke. perlu belajar masak dengan kadar segera.~
^^

sharamli said...

lain kali jgn 0ffer dari...ha3

oranglidi said...

wahahahhaha.. lawak betui la lu ni. bek blajar masak awal2. kang x pasal trbakor plak dapur umah. haha

weh, wa dulu mcm lu jugak. dgr kaset2 rock kapak kalu on de way ke Kolumpo. hehe.

slam, spring, may, search, ukays, umbrela, lela, axl, dll. haha